Khamis, 10 November 2016

Skandal 1MDB: 'Bekas pegawai BSI terima maklumat terus dari Jho Low'

Bekas perancang kewangan bank BSI, Yeo Jiawei menerima maklumat mengenai pegawai tertinggi Malaysia secara langsung daripada ahli perniagaan Jho Low, kata Pengurus Perhubungan Amicorp, Jose Renato Carvalho Pinto semalam.
Bercakap semasa perbicaraan kes Yeo di mahkamah Singapura, Pinto berkata, Yeo turut serta untuk mendapatkan maklumat berkenaan kerana beliau berada dalam pasukan penstruktur pelaburan 1MDB dan SRC International yang diletakkan di bawah penelitian pada masa itu.
Yeo memberitahunya untuk terus bertenang dalam masa beberapa hari sebelum bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada kabinet, kata Pinto, seperti yang dilaporkan oleh The Edge Markets.
"Bertenang buat masa ini. Saya difahamkan masa telah tiba untuk perang dalaman Malaysia dan negara-negara lain sedang menunggu kesudahannya sebelum mengambil tindakan selanjutnya," menurut Yeo dalam tulisannya kepada Pinto pada 22 Julai tahun lepas.
"Sementara itu, kita tidak harus membuat apa-apa kesimpulan sehingga penghakiman akhir," ujar Yeo lagi, menurut bukti yang dikemukakan di mahkamah semalam.
Apabila disiasat selanjutnya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jiang Ke Yue, Pinto yang merupakan saksi pendakwaan penting dalam kes itu berkata, Yeo mendapat apa jua maklumat secara terus dari Low.
Beliau sangat pasti mengenai itu, Pinto berkata, kerana pada masa yang sama, Yeo telah meminta beliau untuk mendapatkan dokumen bagi pihak Low

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA