Sabtu, 5 November 2016

Siri kenaikan harga: Adakah usaha Pas ‘nasihati’ BN gagal?

Siri kenaikan harga yang membebankan selepas pembentangan Bajet 2017 lalu menimbulkan satu persoalan, adakah Pas yang bertindak sebagai penasihat BN sejak 2015 lalu gagal ‘mewaraskan’ parti pemerintah itu?
Perkara tersebut ditimbulkan oleh Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin berikutan hubungan baik Pas dan BN sejak setahun kebelakangan ini.
Siri kenaikan harga: Adakah usaha Pas 'nasihati' BN gagal?Katanya, selain BN gagal menjaga saku rakyat agar tidak koyak, Pas juga gagal menasihati BN dalam mentadbir secara lebih Islamik serta tidak menindas golongan miskin.
“Situasi hari ini seolah-olah menunjukkan kegagalan Pas sebagai penasihat Umno untuk menasihat kerajaan supaya jangan naikkan harga minyak masak,” ujar Nizar ketika diminta mengulas mengenai situasi politik dan kenaikan harga yang membebankan pengguna.
Mengulas isu sama, Pengarah Biro Komunikasi Amanah Ir Khalid Samad pula berpendapat kenaikan harga petrol RON 95 dan minyak masak 2 – 3 kilogram yang banyak digunakan oleh rakyat berpendapatan sederhana serta rendah adalah bukti nyata kerajaan kekurangan wang dan tidak mampu lagi memberi sedikit pun subsidi.
“Kenaikan harga minyak dan minyak masak dengan begitu mendadak sekali pada 1 November 2016 adalah bukti yang amat jelas bahawa kerajaan kita kekurangan kewangan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

Dengan kenaikan demikian, katanya, harga barang keperluan akan menjadi lebih mahal disebabkan kos pengangkutan turut naik.
Manakala seorang suri rumah yang telah ditemuramah Suara pakatan daily, Amy Chong, 48 tahun berkata, beliau berasa amat marah kerajaan BN gagal berkali-kali mengawal kos sara hidup. Katanya, masalah kewangan negara semuanya adalah disebabkan oleh hutang 1MDB.
“Rakyatlah yang perlu membayar hutang 1MDB. Jika bukan rakyat bayar, mengapa sekarang semua harga sentiasa naik?” tanya Amy.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA