Rabu, 23 November 2016

Siasat sumber dana samseng Baju Merah – Tengku Zulpuri

Pihak berkuasa digesa menyiasat sumber yang membiayai aktiviti samseng Baju Merah diketuai Datuk Jamal Yunos.
Tengku Zulpuri2Ketua Pembangkang DUN Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, adalah tidak wajar Pengerusi Bersih 5 Maria Chin Abdullah disiasat berhubung perkara itu sedangkan Jamal Yunos pula dibebaskan.
“Kerajaan perlulah menyiasat dan mendedahkan dari mana kumpulan Baju Merah ini mendapat dana untuk membiayai aktiviti mereka,” katanya kepada Roketkini.
Menurut Tengku Zul, tindakan provokasi melampau kumpulan Baju Merah sepanjang kempen Bersih 5 mampu menjejaskan ketenteraman awam sedangkan kempen-kempen dan perhimpunan Bersih 5 pula telah berlangsung secara aman.
“Walaupun ketua kumpulan tersebut Jamal Yunos telah direman dan dibebaskan, ini tidak berlaku ke atas Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah yang telah ditahan Sosma dan disiasat kononnya Bersih mampu menjejaskan demokrasi berparlimen negara ini.
“Saya mendesak Maria Chin Abdullah dibebaskan segera, perhimpunan Bersih 5 berlangsung secara aman,” gesa beliau.
Semalam, ketua kumpulan Baju Merah Jamal Yunos telah dibebaskan polis setelah direman selama empat hari.
Jamal meraih perhatian umum apabila menyanyikan ‘lagu Bersih 5’ sebelum menaiki kenderaannya.
Sambil menyanyikan “Bersih 5 gagal” sebanyak enam kali dengan tersengih, beliau mengangkat kedua-dua tangannya di paras telinga dengan gaya mengejek seakan kanak-kanak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA