Isnin, 21 November 2016

Shahidan tak setuju NUJ boikot Umno Pahang

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga menawarkan diri menjadi orang tengah menyelesaikan pertelingkahan antara NUJ dan Umno Pahang.
Shahidan-Kassim_unj_600
KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) tidak seharusnya mencadangkan untuk memboikot persidangan Umno Pahang peringkat negeri, kata Ahli Majlis Tertinggi Datuk Seri Shahidan Kassim.
“NUJ tidak sepatutnya meminta wartawan untuk memboikot kerana mustahil mengasingkan Umno dengan pengamal media.
“Saya tidak setuju dengan NUJ untuk memboikot Umno Pahang. Saya boleh jadi orang tengah untuk selesaikan pertikaian ini,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Semalam, NUJ mendesak permohonan maaf daripada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Umno Pahang selepas wartawan dihalau ketika membuat liputan konvensyen Umno negeri.
Presiden NUJ Mohd Taufek Razak berkata wartawan tidak ada kuasa untuk memboikot Umno Pahang, tetapi organisasi media masing-masing berkuasa untuk boikot Umno.
Shahidan berkata mungkin berlaku salah faham ketika media dihalau keluar dari konvensyen Umno Pahang, kerana ia mungkin acara tertutup.

“Mungkin ia acara tertutup. Malah pembangkang juga ada program tertutup mereka,” katanya.
Semalam, wartawan memuat naik di media sosial menyatakan media dimaklumkan mereka boleh membuat liputan majlis pembukaan konvensyen itu yang dihadiri Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Bagaimanapun, ketika di majlis itu, nota diserahkan kepada Adnan yang kemudiannya dengan tegas meminta wartawan keluar.
Ini disusuli dengan ahli Umno Pahang “boo” media yang hadiri yang kemudiannya melaungkan “Keluar! Keluar!”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA