Khamis, 3 November 2016

Sertai BERSIH Jika Benar Mahu SATU LAWAN SATU!

Pas dicabar sertai Himpunan Bersih 5

IPOH - Pas dicabar menyertai Bersih 5 jika serius untuk mengadakan kerjasama dengan parti pembangkang bagi menghadapi PRU14.

Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, perkara tersebut ditekankan kerana Pas antara parti yang menolak penganjuran himpunan berkenaan sebelum ini.

"Kalau benar-benar serius (bersama), Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin perlu arahkan ahli parti di semua peringkat hadir pada 19 November nanti di Dataran Merdeka.


"Kehadiran itu akan menghilangkan persepsi bahawa mereka kurang serius seperti sebelum ini," katanya.

Sebelum ini, Hashim menegaskan Pas bersetuju dengan konsep satu lawan satu yang dikemukakan pakatan pembangkang bagi menumbangkan BN pada PRU14.

Bagaimanapun, Hashim mengingatkan kerjasama itu tidak akan dipersetujui sekiranya berlaku campur tangan pihak luar mengenai akidah dan agama Islam.

Mohammad Nizar berkata, beliau juga tidak menolak persetujuan Pas untuk mengadakan kerjasama itu disebabkan kelemahan pentadbiran dan penurunan sokongan rakyat.

"Mungkin Hashim respon untuk satu lawan satu disebabkan kajian yang mendapati Pas mungkin tumbang di Kelantan, penolakan sokongan rakyat. Ditambah lagi dengan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355," katanya.

 Apakah kerana setelah dikencing oleh UMNO (seperti yang diakui sebelum ini oleh Naib Presidennya, Idris Ahmad), PAS kini membuat kenyataan bersetuju untuk SATU LAWAN SATU?

Kelmarin, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin menyataan PAS sedia untuk satu lawan satu.

Pas mengakui bersetuju dengan konsep satu lawan satu seperti yang diharapkan rakan pembangkang yang lain untuk menentang BN pada PRU14 nanti.

Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin berkata, perkara itu mungkin memberi gambaran positif kepada pembangkang, namun ia terpulang kepada budi bicara rakan-rakan parti pembangkang.
-Sinar Harian


Dan hari ini, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menyatakan:

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pihaknya sudah lama membuka pintu perbincangan untuk mewujudkan pertembungan satu lawan satu antara pembangkang dan BN dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“PAS dah lama buka pintu (perbincangan), cuma bila masuk pintu jangan kacau dalam rumah.

“Jangan kacau dalam rumah kami,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini. Hadi berkata demikian ketika ditanya mengenai kesediaan PAS berbincang dengan DAP.
-malaysiakini

GB bersetuju dengan saranan AJK AMANAH Nasional, DS Nizar Jamaluddin bahawa PAS menyertai Bersih 5 jika serius untuk mengadakan kerjasama dengan parti pembangkang bagi menghadapi PRU14.

Ini kerana kesemua parti pembangkang (komponen Pakatan Harapan dan BERSATU) telah membuat keputusan menyertai BERSIH 5.0 bagi menuntut pilihanraya yang adil dan bersih.

Justeru itu ini masanya PAS membuktikan kejujuran dan keikhlasannya menyertai blok pembangkang jika benar mereka berhasrat untuk menumbangkan UMNO BN yang telah mengencingkan mereka selama ini.

Jika tidak, bersedialah untuk dikencing lagi dan lagi oleh UMNO BN...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA