Rabu, 30 November 2016

Sepuluh soalan untuk Datin Seri Rosmah Mansor

Oleh  Lim Lip Eng
If you read it (on social media), then you’ve been duped. If there’s anything (you want to know) about me, just ask me face-to-face. Straight to the point, don’t tell lies,” demikian kata Datin Seri Rosmah Mansor, seperti dilaporkan Bernama.
Saya tidak ada pilihan selain mengemukakan soalan-soalan untuk ‘Wanita Pertama’ itu melalui kenyataan media ini, kerana saya tidak memiliki nombor telefon mahupun alamat email isteri Perdana Menteri itu.
Sukar juga untuk saya bertemu secara “face-to-face” dengannya, memandangkan beliau dikawal ketat sepanjang masa.
Maka berikut adalah soalan-soalan saya:
1. Berapa banyakkah jumlah harta yang dimiliki kalian suami isteri Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah, di dalam dan luar negara, dalam bentuk tunai dan hartanah?
2. Bagaimana kalian suami isteri mampu mengumpulkan yang sebegitu banyak memandangkan Najib hanya merupakan penjawat awam sejak meninggalkan universiti dan tidak dibenarkan menjalankan sebarang perniagaan?
3. Adakah Rosmah dan Najib membayar cukai pendapatan? Jika ya, bolehkah mereka mengisytiharkan berapa banyak cukai yang mereka bayar, supaya orang ramai boleh mengira sama ada cukai itu setara dengan kekayaan yang mereka miliki?
4. Adakah Rosmah sudi mengundang para wartawan untuk melihat sendiri koleksi beg tangan berjenama mewahnya?
5. Bagaimana pula dengan koleksi jam tangan mewahnya?
6. Koleksi barang kemas juga jangan lupa? Rosmah sewajarnya bangga untuk mempamerkan barang-barang mewah ini, kerana memakainya pun memang bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.
7. Adakah Rosmah pernah bertemu mendiang Altantuya Shaariibuu sewaktu wanita Mongolia itu masih hidup?

8. Bagaimana pula dengan pembunuh-pembunuh Altantuya, Sirul dan Azilah; adakah Rosmah pernah bertemu mereka sebelum kedua-duanya ditangkap?
9. Adakah Rosmah telah berjumpa dengan Low Taek Jho (Jho Low) di Malaysia atau di luar negara selepas individu itu dinamakan dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika dan dituduh terlibat menggelapkan dana milik negara bernilai lebih US$ 1 bilion?
10. Adakah Rosmah telah berjumpa dengan orang kaya Arab yang baik seperti didakwa suaminya sehingga menderma sejumlah RM2.6 bilion tanpa balasan, ke akaun peribadi Najib Razak? Kalau pernah, ada ambil gambar beramai-ramai?
Rosmah sepatutnya tidak ada masalah untuk memberikan saya sepuluh jawapan jujur, selari dengan pendirian ‘nothing to hide’ suaminya.

1 ulasan:

  1. May i add another question to rosmah?

    Rosmah, why u so ugly?

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA