Selasa, 29 November 2016

Semboyan PRU-14 sudah berbunyi - KJ

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu jentera mahu para ahli parti terus ke hadapan bagi mengukuhkan saf dan jentera perpaduan peringkat akar umbi untuk menghadapi cabaran besar yang sedang menanti.
Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyanti Samsudin juga melihat ucapan yang disampaikan Perdana Menteri itu isyarat jelas parti dan pemimpin tidak mempunyai pilihan lain selain menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.
"Secara tidak langsung presiden memberitahu inilah masanya kita kerja keras dan mara ke hadapan kerana kesuntukan masa. Kita tade pilihan lain untuk bersatu dan menghadapi cabaran getir yang menanti UMNO, dan bersatu dan melakukan terbaik untuk rakyat, membela rakyat khususnya menjelang PRU.
"Mesej umum presiden hari ini mengenai PRU-14," katanya sebagai reaksi selepas menghadiri Taklimat Presiden UMNO kepada para perwakilan di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini petang tadi.
Bagi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin pula menyifatkan amanat presiden sebagai semboyan yang sudah berbunyi untuk pemimpin UMNO melaksanakan tugas memastikan UMNO sedia untuk PRU-14.
"Kita tak tahu bila agaknya PRU-14 tetapi semboyan sudah berbunyi untuk kita laksanakan tugas UMNO bersiap sedia," ujarnya.
Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman pula mentakrifkan amanat presiden kali ini sebagai amanat pra-pilihan raya umum.
"Saya lihat ia satu persiapan daripada segi mental dan fizikal yang perlu dilengkapi ahli-ahli Parlimen UMNO. Paling penting beliau (Najib) mengaku kekuatan parti adalah segala-galanya," tegas beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA