Ahad, 20 November 2016

'Semangat 4 tokoh BERSIH tetap bersama kami' - Timbalan Pengerusi

Satu lagi himpunan BERSIH diadakan dan telah selesai, namun perjalanan ke arah pilihan raya yang adil dan pembaharuan institusi masin panjang, kata kumpulan pendesak pembaharuan pilihan raya itu.
Timbalan Pengerusinya, Shahrol Aman Mohd Saari berkata, BERSIH akan terus berjuang atas landasannya walaupun dikenakan tindakan keras yang berterusan dengan menyaksikan empat daripada pimpinan utama pergerakan itu ditangkap.
"Kami ingin nyatakan bahawa perjuangan untuk pembaharuan pilihan raya dan institusi yang bebas dan adil akan diteruskan.
"Oleh itu, walaupun kita di sini dengan empat kerusi kosong, dalam solidariti bersama-sama Maria Chin, Mandeep Singh, Safwan Anang dan Hishammudin Rais," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur.
"Kami berharap mereka berada dalam keadaan baik dan terus kuat meneruskan perjuangan. Walaupun mereka tidak berada di sini, semangat mereka di sini dengan kami," kata Shahrol Aman yang dilantik sebagai pemangku pengerusi BERSIH semasa ketiadaan Maria.
Maria telah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana didakwa terbabit dalam aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA