Selasa, 29 November 2016

Selepas bebas, Maria terima peluru pula

"Amaran terakhir jika tidak RIP (meninggal dunia) Marina (sepatutnya Maria) & keluarga", demikian menurut surat tersebut.
Ekoran dibebaskan daripada tahanan, Maria Chin Abdullah menyemak surat-surat yang dikirimkan kepada beliau dalam tempoh 10 hari yang lalu.
Di atas meja di rumah beliau terdapat beberapa pucuk surat. Setelah membuka salah satu daripadanya, pengerusi BERSIH itu menjumpai warkah ancaman kematian dan sebutir peluru dari pistol jenis .45.
Tertera di atas surat tersebut: 'Amaran terakhir jika tidak R.I.P Marina & keluarga'.
Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini, Maria berkata, beliau mendapat sampul surat berkenaan pagi ini.
Beliau percaya sampul surat itu dihantar oleh individu tersebut sendiri ke rumahnya pada 18 November yang lalu ketika beliau ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
"Tindakan seperti ini perlu dikutuk dan mereka yang melakukannya perlu disumbat ke dalam penjara.
"Saya berharap akan ada tindakan diambil oleh pihak polis untuk menangkap mereka yang menghantar ancaman seperti ini," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA