Selasa, 22 November 2016

Segerakan usul royalti minyak dan gas di DUN Terengganu


Dr Syed Azman Syed AhmadDr Syed Azman Syed AhmadAhli Dewan Undangan Negeri Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad mendesak kerajaan negeri menyegerakan usul dewan berkaitan royalti minyak dan gas di negeri Terengganu.
Dalam sidang dewan, Dr Syed Azman menegaskan, kebanyakan rakyat Terengganu terpaksa berhadapan dengan kekangan kehidupan yang amat perit sedangkan negeri Terengganu merupakan negeri pengeluar minyak dan pernah dikenali sebagai ‘Kuwait Malaysia’.
Kemelut ekonomi Terengganu juga sedang membelit seluruh kehidupan rakyat sehingga ke pundaknya. Rakyat Terengganu khususnya anak muda ramai tiada sumber pekerjaan yang tetap termasuk mahasiswa yang kini menjadi penganggur.
"Maka saya berpandangan bahawa usul ini melibatkan perkara tertentu, kepentingan ramai serta perlu disegerakan," ujarnya yang membahaskan usul di bawah peraturan Majlis Mesyuarat fasal 30 peraturan-peraturan dan perintah tetap Dewan Undangan negeri Terengganu hari ini.
Beliau elah mencadangkan agar dewan ditangguhkan untuk merundingkan isu penamatan secara resmi perjanjian ‘royalti minyak’ diantara kerajaan negeri Terengganu dengan Perronas dan Kerajaan Pusat. Ia telah dimaklumkan secara rasmi pada 25 September 2015 di dewan berkenaan.
“Pihak Petronas tidak lagi terikat secara undang-undang untuk membuat sebarang bayaran tunai kepada negeri Terengganu di bawah Perjanjian Pembayaran yang ditandatangani Petronas dengan kerajaan Terengganu”.
"Ini berdasarkan terma ‘di dalam negeri’ bahawa;
‘kerajaan negeri Terengganu tidak lagi berhak menuntut hasil Wang Royalti kerana segala penemuan telaga minyak adalah di luar 3 batu nautika yang di ukur dari garis air surut persisiran pantai negeri”.
"Isu ini adalah perkara-perkara tertentu kerana menurut tafsiran diatas, kerajaan Terengganu kini tidak mempunyai sebarang hak atas apa jua tuntutan hasil minyak & gas yang terletak diperairan negeri. Semua telaga minyak yang ditemui selama ini dan terletak di perairan Terengganu bukan lagi menjadi *milik 'sah' kerajaan negeri Terengganu* kerana kedudukannya di luar daripada 3 batu nautika," ujarnya.

Jelas beliau perkara ini melibatkan kepentingan orang ramai kerana Negeri Terengganu telah meyumbangkan hasil minyak & gas kepada Kerajaan Persekutuan sejak hampir 40 tahun dengan pengeluaran hasil minyak dan gas bernilai ratusan bilion ringgit bagi sama-sama membangunkan ekonomi Negara. Hal ini dilakukan oleh kerajaan negeri dengan penuh beramanah mengambil semangat perjanjian bersama yang telah di tandatangani pada tahun 1975.
"Namun, apakah wajar Royalti sebanyak 5% yang di terima oleh kerajaan Terengganu sejak dari tahun 1978 kini terbatal sepenuhnya dan hanya dianggap sebagai 'Ihsan' dan 'dana khas' dari Kerajaan Persekutuan?
"Apakah wajar perjanjian royalti minyak diantara kerajaan negeri Terengganu bersama dengan Kerajaan Persekutuan dan Petronas yang ditandatangani sejak tahun 1975 lagi juga sudah di anggap sebagai terbatal," ujarnya.
Dr Syed Azman berkata adalah wajar Dewan membincang serta menbahas isu yang amat penting ini kerana bermula dari tahun 1978 di bawah fasal 2 ‘Perjanjian Royalti’ seperti yang telah di persetujui oleh semua pihak, Kerajaaan negeri Terengganu telah menerima bayaran royalti dengan bayaran sulungnya sebanyak RM5.7 juta dari pihak Petronas.
Perjanjian ini adalah sebagimana dikehendaki oleh Akta Kemajuan Petrolium 1974, yang telah di luluskan oleh kerajaan pimpinan AlMarhum Tun Abdul Razak Husin di Dewan Parlimen pada 15hb. Novemeber 1974.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA