Ahad, 13 November 2016

'Saya demam bila Trump menang' - Mat Sabu


Mohamad Sabu

SHAH ALAM - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, bukan semua ramalan yang dibuat menjadi sepertimana yang dijangkakan.
Mengambil contoh seperti  yang terjadi dalam isu kemenangan ‎Donald Trump yang sebelum ini diramalkan kalah teruk, namun sebaliknya yang berlaku.
"Saya demam bila Trump diisytiharkan menang, dalam 10 ramalan seperti yang dikeluarkan CNN, BBBC, dan lain-lain mengatakan sembilan Hillary, satu Trump, tapi Trump yang menang.
"Mereka buat ramalan bukan semua betul," katanya di Konvensyen Pakatan Harapan, di sini hari ini.
Ujarnya, dalam hal ini satu pengajaran boleh diambil iaitu pendekatan Trump yang menjaga undi sebenar itulah yang telah membuatkannya menang.
"Saya lihat Trump menjaga undi asas beliau iaitu (rakyat Amerika)," katanya.
Oleh itu, Mat Sabu mengajak pemimpin Pakatan Harapan agar mengambil iktibar daripada kejadian itu.
"Kita kena jaga undi sebenar kita, jangan lari daripada undi itu,
"Mereka ini berbicara setiap hari. Adakah kita akan terus setia dengan perjuangan suci ini," katanya lagi.‎

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA