Khamis, 17 November 2016

Saya dan Jamal tak sama taraf, kata Ibrahim Ali

Presiden Perkasa itu berkata jangan menyamakan Perkasa dengan gerakan Baju Merah yang dipimpin ketua Umno Bahagian Sungai Besar berkenaan.
ibrahim-ali-jamal
KUALA LUMPUR : Datuk Ibrahim Ali berkata tindakan pemimpin Baju Merah Datuk Jamal Md Yunos terhadap Bersih kini lain dengan apa dilakukan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) pada suatu ketika dulu.
Presiden Perkasa itu berkata orang ramai tidak boleh menyamakan Perkasa dengan gerakan merah yang dipimpin Jamal.
“Saya tak letakkan saya sama taraf dengan dia. Dia ini lain, saya pemimpin. Saya seorang pemimpin dengan cara saya sendiri,” katanya pada sidang medianya di ibu pejabatnya hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas adakah tindak tanduk Jamal terhadap Bersih kini sama seperti dilakukan Perkasa terhadap Bersih 3 dan 4.
Ibrahim yang juga bekas ahli Parlimen Pasir Mas berkata Perkasa yang dipimpinnya tidak pernah melakukan apa-apa kepada Bersih.
“Bersih mula-mula dulu kita kata kita nak bantah perkara yang kita tak puas hati tapi ikut cara elok. Kemudian datang Bersih kali pertama, mereka terus juga berhimpun, kita tak ganggu.
“Kita blackout. Kita serahkan kepada polis untuk menguruskan mereka,” katanya.
Beliau pada masa sama ditanya adakah tindakan Jamal yang juga bekas ahli Perkasa memalukan NGO itu.
“Kenapa nak malukan Perkasa? Kalau orang Islam buat benda tak baik dia memalukan Allah ke? Sama. Saya rasa tak relevan, tak ada kena mengena.
“Masalah hak peribadi kita tak boleh nak masukkan, itu hak dia,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA