Selasa, 15 November 2016

Saya bukan pengkhianat, kata Ketua Pemuda BERSATU

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Abdul Rahman disoal polis berhubung surat terbuka kepada sultan Johor di atas larangan baginda terhadap demonstrasi jalanan di negeri itu.
Beliau memberi keterangan kepada polis pada pukul 3 petang hari ini di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
"Secara jujurnya, saya tidak pernah terfikir seumur hidup saya, saya dilabel sebagai pengkianat kepada Sultan negeri saya, iaitu Johor.
"Bagi sesiapa yang mengenali saya, mereka tahu bagaimana sayangnya saya kepada institusi di-Raja Johor dan negeri Johor Darul Takzim.
"Tetapi ini tidak akan mematahkan semangat saya untuk terus berjuang dan berbakti kepada negeri dan negara saya yang saya cintai," kata Syed Saddiq dalam Facebook.
Sebelum ini, Gabungan Persatuan NGO Negeri Johor mendesak Syed Saddiq tampil dan membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan kenyataan mereka yang dilihat menghina titah Sultan Johor.
Naib Presiden Majlis Penyelarasnya, Abdullah Md Yusof berkata kenyataan yang dikeluarkan Syed Saddiq dan Pegawai Khas kepada Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang M Satees dilihat menghina titah Sultan Johor.
"Kita rakyat di Johor menyokong titah Tuanku untuk tidak melakukan demonstrasi jalanan dan menghina pemimpin kerana kita mahukan keamanan dan permuafakatan antara semua kaum," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA