Khamis, 3 November 2016

Satu lawan satu: Pakatan Harapan jangan 'dikencing' kali kedua


Pakatan Harapan harus sedar bahawa Pas adalah rakan kongsi yang berisiko tinggi, risiko dikhianati sama ada sebelum mahupun selepas pilihan raya.Pakatan Harapan harus sedar bahawa Pas adalah rakan kongsi yang berisiko tinggi, risiko dikhianati sama ada sebelum mahupun selepas pilihan raya.
Setelah Pas hampir pasti dipermainkan Umno dalam usaha mereka membawa usul pindaan RUU355 diparlimen telah keluar kenyataan yang agak "pelik" daripada pemimpin Pas tentang kesudian mereka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan menentang Umno Barisan Nasional pada pilihan raya yang akan datang.
Ironinya, kurang sebulan dari hari ini, Mursidul Am Pas Hashim Jasin sebagai mana dilaporkan portal Bernama pada 13 oktober lalu menegaskan tidak akan sama sekali bekerjasama dengan DAP lagi dan sanggup menghadapi pertandingan tiga penjuru pada Pru yang akan datang tetapi beberapa hari lalu individu yang sama mengeluarkan kenyataan sudi bekerjasama walaupun dengan DAP untuk berhadapan dengan Umno.
Sebelum itu juga telah viral satu video sedutan ceramah Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa jika mereka lawan Umno, maka bukan islam akan memerintah dan mudaratnya lebih besar, namun hairannya bagaimana kali ini Ustaz Hadi boleh mengeluarkan kenyataan setuju untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang mana lawannya adalah Umno?
Pendek kata, sebelum usul 355 hampir pasti gagal dibahaskan di parlimen, sikap Pas terhadap Pakatan Harapan adalah 360° berbeza dengan sikap mereka hari ini.
Pemimpin Pakatan harus jelas, bahawa perubahan drastik ini berlaku selepas Pas rasai ditipu Umno buat kesekian kalinya walaupun sebelum ini dinasihati berulang kali oleh parti pembangkang lain untuk berwaspada dengan helah Umno yang ingin memecahkan Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat telahpun terkubur dek kerana keangkuhan Pas enggan menerima nasihat rakan Pakatan bahkan Pas sendiri berpecah kerananya sehingga tertubuhnya Amanah, lalu apabila mereka ingin cuba kembali setelah berjaya merosakkan Pakatan Rakyat, ada pimpinan Pakatan Harapan teruja dan menerimanya begitu sahaja?
Tidak Boleh! Pas mungkin rela "dikencing" Umno berkali kali namun adakah pemimpin Pakatan Harapan rela untuk dikencing Pas buat kali kedua?
Jangan begitu, Pakatan harus sedar bahawa Pas adalah rakan kongsi yang berisiko tinggi, risiko dikhianati sama ada sebelum mahupun selepas pilihan raya itu tinggi,bayangkan jika Pas bersama Pakatan berhadapan BN pada Pru14, Pakatan dan BN masing masing mendapat jumlah kerusi yang hampir sama dan Pas memenangi beberapa kerusi yang menjadikan mereka ada kuasa penentu "king maker" untuk membentuk kerajaan, dibimbangi mereka akan sekali lagi memporak perandakan pembangkang dengan meminta kedudukan yang tidak selayaknya untuk mereka jika Pakatan ingin mendapatkan sokongan mereka, dan akan berpaling kepada Umno sekiranya Pakatan enggan menurutinya, bukankah ini akan merugikan Pakatan itu sendiri?

Pas juga punyai rekod lama khianat sebelum pilihanraya dimana telah berlaku pertindihan calon di kerusi milik PKR menyebabkan PKR kalah disemua kerusi tersebut termasuklah BN berjaya merampas dun Kota Damansara.
Kedua analisis senario ini adalah berasas apabila Pas juga mempunyai rekod sebagaimana didedahkan oleh Ustaz Ahmad Awang sewaktu beliau menjadi naib presiden Pas tidak seberapa lama dahulu bahawa beliau dihubungi pemimpin tertinggi Pas untuk membubarkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak dan menubuhkan kerajaan perpaduan melayu islam bersama Umno pada ketika itu.
Pemimpin Pakatan Harapan wajar berfikir 7 kali sebelum mula memikirkan untuk bekerjasama dengan Pas,dan fikir lagi 7 kali sebelum bertindak melakukan kerjasama, dan jika ia dilakukan sekalipun haruslah dengan cermat dan berhati hati bimbang Pakatan mungkin "dikencing" buat kali kedua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA