Sabtu, 26 November 2016

Samseng Umno: Biar Jamal cakap, buat apa dia mahu, kata Ku Nan

Saya tidak akan melayan orang seperti itu, kata setiausaha agung Umno yang dituduh 'nyanyuk' oleh Jamal Yunos.
tengku-adnan-jamal
PETALING JAYA: Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur tidak akan melayan kenyataan “nyanyuk” yang ditujukan kepadanya oleh Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Datuk Seri Md Yunos.
Menurut Malaysiakini, Tengku Adnan memberitahu sidang akhbar yang beliau tidak akan ambil peduli dan membiarkan pemimpin Baju Merah itu bertindak dan berkata sesuka hatinya.
“Biarlah beliau cakap apa yang dimahukan, saya tidak akan melayan orang seperti itu,” katanya selepas melancarkan dan sesi pengundian perumahan mampu milik di Kuala Lumpur hari ini.
Jamal memanggil Tengku Adnan “nyanyuk” selepas beliau mengisytiharkan tindakan akan diambil terhadap ahli Umno yang mengambil bahagian dalam perhimpunan balas Baju Merah terhadap Bersih 5.
Jamal menafikan ahli Umno mengambil bahagian, dengan mengatakan mereka yang hadir, termasuk dirinya sendiri, berada di sana atas kapasiti peribadi sebagai wakil NGO.
Mengenai progres tindakan pihak terhadap ahli parti tidak bertanggungjawab yang terlibat dalam perhimpunan balas itu, Tengku Adnan berkata Umno sedang memantau keadaan dan akan membuat keputusan tidak lama lagi.
Tengku Adnan memberi amaran pihak parti juga akan mengambil tindakan terhadap ahli yang didapati terlibat dalam serangan ke atas Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Ibrahim di kawasan Parlimen pada Khamis.
“Kami akan tunggu dan lihat, bagi kami untuk bertindak ke atas segala-galanya … anda tahu bagaimana. Mereka yang melakukan perkara ini juga separuh gila,” katanya.
Tengku Adnan menafikan penglibatan Umno dalam perkara itu.

1 ulasan:

  1. Khalid Samad lah! Harap diperbetulkan para terakhir.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA