Khamis, 24 November 2016

Samseng Sg Manik: Siapa benarkan penyerang Khalid masuk kawasan Parlimen, soal Nur Jazlan

Nur Jazlan mempersoalkan siapa yang mengundang kumpulan itu masuk ke kawasan yang dihadkan kepada orang awam.
Nur-JazlanKUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Ahmad berkata siasatan penuh akan dilakukan terhadap kumpulan yang menyerang Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad di luar bangunan Parlimen pagi tadi.
Nur Jazlan berkata siasatan juga akan tertumpu untuk mengenal pasti bagaimana kumpulan itu dibenarkan masuk di perkarangan Parlimen, kerana mereka memerlukan undangan daripada wakil rakyat.
“Seseorang perlu ambil tanggungjawab kerana membenarkan pelawat masuk ke perkarangan Parlimen yang dihadkan.
“Kita tidak tahu sama ada mereka berdaftar di pintu masuk. Kita akan mengarahkan unit keselamat untuk menyiasat perkara itu,” kata Nur Jazlan.
Kira-kira 30 lelaki hari ini menjerit “Hidup Pasir Salak! Hidup Pasir Salak!” bagi menganggu Khalid, sebelum mereka bertukar ganas.
Ia susulan isu Ahli Parlimen Datuk Tajuddin Abdul Rahman mencetuskan kemarahan di Dewan Rakyat selepas menghina nama keluarga Teresa Kok, dengan berkata beliau satu-satunya wanita yang “mempunyai Kok”.
Khalid yang mewakili Amanah bangun mengutuk perbuatan itu sebagai tidak beradab sambil berulang kali memanggilnya “sial”.
Salah seorang daripada kumpulan yang mencetuskan pergaduhan hari ini berkata: “Ini baru permulaan”.
Nur Jazlan mempersoalkan bagaimana pihak keselamatan membenarkan mereka masuk, dan merujuk dakwaan Khalid yang beliau dimaklumkan mengenai kehadiran mereka.
“Mereka sepatutnya mengambil tindakan dan langkah mencegah segera untuk menghalang mereka masuk ke perkarangan, atau berada hampir ke bangunan Parlimen.
“Tindakan serius akan dilakukan terhadap mereka yang melanggar keselamatan Parlimen,” kata Nur Jazlan.

2 ulasan:

  1. Samseng umno dah makin menjadi2. Geng dia yg mula biadab terhadap org tapi bila pihak lain membantah, dia naik angin. Tak pandai berhujah, asyik nak guna fisikal. Jgn jd mcm jamban sudah. Konon samseng tp kena tumbuk sikit terpekik terlolong. Jgn ingat bila org lain tak melawan dia tak pandai melawan. Memalukan bangsa melayu aje

    BalasPadam
  2. Siapa lagi kalau bukan umno, kan pasir salak ahli kumpulan merah. Mereka ingat kuasa ada ditangan mereka, KPN tak kan berani tangkap. Sejak akhir2 ini kpulan merahakin kurang ajar, kita tidak akan terkejut nanti mereka akan tidak bersopan dengan raja2 kita. Nazri dah pernah tunjuk kurang ajar ini kepada TMJ.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA