Khamis, 24 November 2016

Samseng Politik: Tajuddin akui anaknya terlibat 'serang' Khalid

Anggota Parlimen Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan anaknya adalah antara mereka yang 'menyerang' Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad di hadapan lobi Parlimen pagi ini.
Bagaimanapun, beliau yang kini memegang portfolio timbalan menteri pertanian dan industri asas tani menafikan telah menaja kumpulan tersebut untuk memasuki kawasan Parlimen.
"Mereka tidak lindungi saya. Mereka melindungi rakyat Pasir Salak. Saya wakil rakyat mereka. Apa yang salah dengan mereka (berbuat demikian)?" katanya kepada Malaysiakini.
Beliau juga menyifatkan ia sebagai perkara 'kehormatan dan maruah; selepas Khalid memanggilnya 'sial' sambil menambah pelakuan menghina beliau dalam Dewan Raykat menyamai menghina kawasannya.
Khalid menggunakan perkataan itu semasa perdebatan dalam Dewan Rakyat yang dicetuskan oleh kenyataan Tajuddin tentang nama Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok.
Bagaimanapun, Tajuddin menegaskan beliau hanya merujuk kepada nama keluarga ahli parlimen Seputeh itu dengan menggelar Teresa sebagai satu-satunya perempuan yang ada “Kok”.
Ditanya tentang penaja kumpulan itu untuk memasuki kawasan Parlimen, Tajuddin berkata: "Bagaimana saya tahu. Anda fikir mereka bodoh? Mereka tahu bagaimana untuk melakukannya?".

1 ulasan:

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA