Sabtu, 26 November 2016

Samseng Politik: Lelaki berjumpa saya mengaku ahli Umno, kata Zunar

Kartunis itu tidak dapat menerima penafian Tengku Adnan yang Umno tidak terlibat dalam kejadian di Komtar memandangkan individu yang mengetuainya mempunyai jawatan dalam Umno.
zunar-attack-umno
PETALING JAYA: Kartunis Zulkiflee Anwar Ulhaque atau Zunar hairan dengan dakwaan setiausaha agung Umno yang parti itu tidak mempunyai kaitan dengan serangan terhadapnya semalam.
Bercakap kepada FMT, Zunar – terkenal lukisaran satira beliau yang menyindir pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak – menjelaskan individu yang mengetuai rusuhan dan menuntutnya menurunkan lukisan dipamerkan, memperkenalkan diri sebagai ahli Umno Pulau Pinang .
“Jadi beliau Umno lah. Beliau tidak mengatakan daripada sebuah badan bukan kerajaan, jadi apa lagi?” Katanya, sambil menambah yang beliau kemudian mendapati individu berkenaan adalah ketua Pemuda Umno Pulau Pinang.
Zunar mengulas laporan Malaysiakini yang memetik penafian Datuk SeriTengku Adnan Tengku Mansor yang Umno mempunyai kaitan dengan kejadian di bangunan Komtar, Pulau Pinang itu.
Dalam kekecohan pada jam 2.45 petang, Zunar dikelilingi kira-kira 30 lelaki yang mengancam sebelum menuntut beliau menurunkan lukisannya.
Dengan kekecohan yang tercetus, Zunar membuat keputusan membatalkan pameran atas sebab-sebab keselamatan.
Penafian Tengku Adnan itu “tidak boleh diterima”, kata Zunar, kenyataan itu hanya boleh diterima jika individu yang mengetuai kumpulan itu tidak memegang sebarang jawatan dalam parti.

Beliau berkata, jika benar Umno tidak pernah mengarahkan ahlinya untuk mengancam Zunar, maka individu yang terlibat dalam kejadian di Komtar semalam perlu dipecat daripada parti serta-merta.
Awal hari ini, Ketua Pemuda Umno Nibong Tebal Mohd Norhiesam Ismail berkata beliau dan 50 ahli parti dan NGO menuntut Zunar menurunkan lukisan yang dianggap “menyinggung perasaani” di pameran itu, kerana menggambarkan perdana menteri dan pemimpin negara lain dengan buruk.
Norhiesam berkata mereka datang dengan maksud damai, tetapi diprovok Exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin.
Sementara itu, Afif menolak dakwaan Norhiesam dengan menyatakan kembali ke pejabatnya selepas solat Jumaat apabila ternampak Zunar “diganggu” sekumpulan ahli Umno.

1 ulasan:

  1. Bengong2 umno ni semua sama. Dah sah2 jamban ketua pemuda umno, tajuddin menteri umno dan rafizal ketua pemuda umno, ada hati lagi nak menafikan. Satu malaysia, malah satu dunia tahu samseng2 ni semua produk umno. Mcm ada org komen, Korea mengeluarkan SAMSUNG tapi Malaysia mengeluarkan SAMSENG!

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA