Isnin, 21 November 2016

Salleh Man masih ahli Pas?

Datuk Salleh Man
GEORGETOWN - Status keahlian parti Adun Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man terus dipersoal sama ada beliau masih bersama Pas ataupun telah berhijrah ke parti lain.
Perkara itu dibangkitkan Datuk Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong) apabila melihat hubungan Mohd Salleh dengan kerajaan negeri Pakatan Harapan begitu akrab.
Menurutnya, tindakan Mohd Salleh itu  bertentangan dengan pendirian Pas Pusat yang menolak sebarang kerjasama dengan DAP.
"Kita minta YB (Yang Berhormat) Permatang Pasir (Mohd Salleh) perjelas kedudukan beliau, sama ada masih dengan Pas atau sudah pun masuk Parti Amanah Negara (Amanah)," katanya ketika mencelas sesi perbahasan Bajet Pulau Pinang 2017 di sini, hari ini.
Terdahulu, Datuk Omar Abdul Hamid (BN-Permatang Berangan) ketika membahaskan ucapan Bajet Pulau Pinang 2017 mempersoal sama ada kerajaan negeri akan meneruskan konsep negeri berkebajikan seperti dilaungkan Pas.
Mohd Salleh ketika bangun menjawab soalan berkenaan tidak menyatakan sebarang pendirian sama ada masih bersama Pas atau sudah menyertai Amanah.
Namun beliau hanya menegaskan konsep negeri berkebajikan itu adalah slogan ditetapkan Pas Pusat dan  bukan Kerajaan Pulau Pinang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA