Selasa, 29 November 2016

RUU 355: Ikatan yakin MCA,Gerakan sokong cadangan Pas


Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yakin MCA dan Gerakan akan memberi sokongan cadangan Pas memperkasakan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 atau RUU355.
Katanya, beliau pernah bertemu dengan Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong dan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai serta memberi penerangan mengenai pindaan RUU355 dan kenapa ia wajar disokong oleh bukan Islam.
“Saya berkawan dengan pemimpin MCA, MIC dan Gerakan ini lebih 60 tahun. Saya jumpa Mah dan Tiong, saya penerangan kepada mereka kenapa RUU355 perlu dipinda dan mereka mula faham.
“Selama ini mereka bercakap negatif pasal Pas dan tidak bersetuju dengan cadangan Presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) nak meminda akta Mahkamah Syariah kerana mereka dakwa RUU355 adalah hudud,” katanya dalam satu kenyataan dilaporkan Malaysiagazette hari ini.
Mengulas lanjut, Abdul Kadir berkata, beliau kecewa kenapa MCA, MIC, Gerakan dan parti pembangkang membantah cadangan pindaan RUU355 itu, sedangkan ia tiada kaitan langsung dengan bukan Islam.
Bagaimanapun, bekas pemimpin Umno itu lega apabila MCA dan Gerakan menunjukkan sikap positif terhadap RUU355 dan berharap pendirian itu kekal sehingga akta berkenaan diluluskan pada Mac tahun depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA