Ahad, 6 November 2016

RM9 BILION UNTUK SIAPA?

Hari ini media sosial agak heboh memperkatakan tentang perbezaan harga bagi pembinaan projek Landasan Keretapi Pantai Timur yang diserahkan pembinaannya kepada syarikat dari China.

Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2017 mengumumkan projek itu bernilai RM55 bilion tetapi laman web China Communication Consruction Company Ltd atau CCCC, syarikat yang dianugerahkan projek pembinaan ladasan keretapi secara runding terus itu mengumumkan nilainya adalah berjumlah RM46,000 juta.

Bermakna, ada perbezaan sebanyak RM9 bilion atau RM9,000 juta dengan jumlah yang diumumkan oleh kerajaan.
Kenapa dan bagaimana angkanya boleh jadi berbeza?

Ke mana perginya RM9 bilion itu?

Untuk belanja pilihanraya atau ada yang turut masuk ke poket sesiapa?

Jika sebelum ini, nilai projek itu yang setinggi RM55 bilion sedangkan anggaran kosnya hanya RM30 bilion dan pengumumannya yang terlihat cukup pantas tanpa ada kajian keboleh-upayaan dan tender terbuka sudah cukup menimbulkan banyak tanda tanya, perbezaan harga RM9 bilion ini tentu saja menambahkan lagi kejutan yang ada.

Semalam, Khairy Jamaluddin menyeru kerajaan agar menjawab dengan pantas atau kalau lewat pun, tidak melebihi dua hari bagi sebarang isu yang timbul dalam negara.

Untuk isu RM9,000 juta yang penuh misteri itu, berapa lama agaknya Najib atau pasukan pengampunya mahu tampil dengan jawapan dan penjelasannya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA