Selasa, 29 November 2016

RM5j untuk baik pulih tanah runtuh Serendah, kata MB S'gor

Sebanyak RM5 juta akan disediakan untuk membaik pulih jalan raya dan kawasan terjejas susulan tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah Sabtu lalu.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kerja baik pulih akan dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR) sebaik menerima laporan penuh daripada pasukan geofizik Jabatan Mineral dan Geosains.
Beliau berkata penambahbaikkan itu adalah untuk jangka masa pendek dan panjang bagi mengelak situasi sama daripada berulang.
"Setakat ini 'sheet pilling' atau cerucuk sudah siap dipasang. Punca aliran air bawah tanah akan dikenal pasti kerana air yang mengalir bukan datang daripada saluran paip yang pecah kerana apabila Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menutup saluran paip air, dilihat air tetap juga mengalir," katanya kepada pemberita semasa melawat mangsa kejadian di taman tersebut.

Beliau berkata JKR akan turut melakukan siasatan forensik terhadap bangunan di kawasan itu bagi memastikan ia selamat diduduki.
Azmin menyampaikan sumbangan RM500 kepada setiap 64 keluarga yang terpaksa berpindah susulan kejadian itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA