Khamis, 24 November 2016

Ringgit terus merudum, RM4.45 berbanding AS$1... Kerajaan Umno@Bn terus bermewah..!!

Sentimen lemah terhadap pasaran membangun yang digembur spekulator berhubung peningkatan kadar faedah Amerika Syarikat bulan depan, menolak turun ringgit berbanding dolar pada awal dagangan hari ini.
Pada jam 9:05 pagi, unit tempatan itu diniagakan pada 4,4500 / 4600 berbanding dolar AS berbanding 4,4400 / 4450 semalam.
Pada jam 10 pagi tadi, Bloomberg melaporkan bahawa ringgit mencapai paras 4,4675 berbanding AS$1.
Menurut Bernama, sungguhpun harga semalaman minyak mentah lebih tinggi, yang memberikan sedikit sokongan kepada ringgit, pelabur meningkatkan kedudukan terhadap dolar AS.
Dolar AS menokok ke paras tertinggi 14 tahun berbanding mata wang utama susulan data ekonomi kukuh menunjukkan ekonomi AS berada di landasan bagi pertumbuhan kukuh.
Bank Negara Malaysia semalam mengekalkan kadar dasar semalaman pada 3.0 peratus dan juga mengekalkan nisbah keperluan rizab statutori pada 3.5 peratus.
Bank pusat itu berkata, ia akan terus menyediakan kecairan bagi memastikan kestabilan pasaran tukaran asing domestik.
Ringgit menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.1013/1086 daripada 3.1136/1175, mengukuh berbanding yen kepada 3.9534/9655 daripada 3.9993/4.0049, dan naik berbanding euro kepada 4.6872/6995 daripada 4.7117/7175.
Bagaimanapun, ringgit susut berbanding pound British kepada 5.5327/5473 daripada 5.4945/5011.

1 ulasan:

  1. Kecuali najib diturunkan oleh ahli2 umno dari jawatan presiden maka baru ringgit malaysia naik, percaya lah. Ada berani kah buat begitu demi negara.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA