Ahad, 20 November 2016

Rezeki peniaga melimpah ruah kerana himpunan Bersih 5

Peniaga air minuman antara yang mendapat keuntungan lumayan semasa himpunan Bersih.Peniaga air minuman antara yang mendapat keuntungan lumayan semasa himpunan Bersih.
Himpunan Bersih 5.0 ternyata memberi rezeki yang melimpah ruah kepada para penjaja kecil-kecilan di sekitar Dataran Merdeka.
Seorang penjaja yang ditemui, Mohd Rozaidi Nordin, 35, berkata, beliau amat berpuas hati dengan margin keuntungan yang diperolehi hari ini.
"Saya berniaga air tin. Biasa untung RM100 saja satu hari, tapi hari ini boleh dapat hampir RM500," ujar Rozaidi.
Beliau juga menambah bahawa dengan kos membeli air tin daripada pemborong semakin meningkat, perniagaan beliau mula mengalami sedikit masalah.
Ekoran itu beliau juga sependapat dengan tuntutan Bersih yang mahukan pilihan raya yang bersih bagi membuat perubahan dalam pilihan raya.
"Dulu air tin harga RM24 untuk satu bundle, tapi sekarang dah naik jadi RM28 untuk satu bundle. Letih sikitlah nak pusing modal," ujarnya lagi.
Selain daripada air tin, Rozaidi juga turut menjual air mineral di dalam botol dan minuman berperisa yang lain.
"Semua bangsa membeli air daripada saya. Tapi orang Cina suka air mineral saja, Melayu dan India lebih kerap membeli minuman berperisa," tambah beliau.
Dengan keadaan himpunan yang harmoni selain memberi keuntungan kepada para penjaja, Rozaidi berharap himpunan seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang.

Selain peniaga seperti Rozaidi, peniaga yang lain juga khasnya makanan dan kedai makan mendapat keuntungan besar ekoran ramainya orang datang ke ibu negara untuk menyertai himpunan ini.
Kedai-kedai di KLCC juga mencatatkan jualan yang bertambah ekoran ramai orang memasuki premis mereka hari ini.
Media utama negara yang dikawal oleh kerajaan berusaha memberikan imej tidak baik terhadap perhimpunan Bersih konon mengancam periuk nasi para peniaga.
Menjelang perhimpunan ini juga sekumpulan peniaga memfailkan injunksi ke mahkamah bagi menyekat perhimpunan ini namun ditolak oleh mahkamah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA