Isnin, 28 November 2016

Reman 4 Hari: 11 penyokong Tajuddin dibebaskan awal

Sebelas individu yang ditahan kerana merusuh di kawasan parlimen di ibu negara Selasa lepas dibebaskan hari ini.

Seorang pegawai polis mengesahkan mereka dibebaskan Sabtu lalu selepas ditahan semalaman, lapor Oriental Daily.

Kesemua mereka, melibatkan lapan lelaki dan tiga wanita, menyerah diri Jumaat lalu setelah diminta berbuat demikian.

Polis berjaya mendapatkan perintah reman empat hari.

Pada Khamis lalu, sekumpulan individu mengganggu Khalid Samad.

Mereka tidak puas hati dengan tindakan anggota parlimen Shah Alam itu memaki timbalan menteri Umno Tajuddin Abdul Rahman sebagai “sial” dalam sidang parlimen.

Khalid berbuat demikian sebagai balasan terhadap kenyataan Tajuddin bahawa anggota parlimen Seputeh Teresa Kok sebagai satu-satunya wanita yang ada “Kok”.
Anak Tajuddin, Faisal, antara 11 orang yang disiasat bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

2 ulasan:

  1. Mrk cuba lakukan serangan(attempted assault). Knp mudah sgt dibebaskan

    BalasPadam
  2. Nampak tak KPN berat sebelah, ALLAH tak boleh ditipu lah.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA