Khamis, 3 November 2016

Reezal Merican pertahan Husni bangkit isu 1MDB

Reezal Merican berkata, ahli MT lain pernah membangkitkan isu 1MDB dalam mesyuarat MT Umno, tetapi bukannya Husni.
Reezal-Merican-Naina-MericanKUALA LUMPUR: Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican hari ini mempertahankan tindakan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Dewan Rakyat, baru-baru ini.
Ahli Parlimen Kepala Batas itu berkata, ia adalah hak bekas menteri kewangan itu selaku wakil rakyat untuk mempersoalkan isu 1MDB.
“Saya tak kata tak amanah. Dia punya hak untuk tanya, untuk ceritakan perkara dalam perbincangan,” katanya selepas Majlis Pelancaran Buku “Being Abdullah Ahmad Badawi” di Pusat Konvensyen Sime Darby, hari ini.
Timbalan menteri luar itu berkata demikian sebagai mengulas gesaan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu seluruh Kabinet disoal siasat berhubung skandal 1MDB, jika Husni akan disiasat kerana membangkitkan isu itu di Dewan Rakyat, baru-baru ini.
Pemimpin parti Islam itu berkata, Husni tidak perlu disoal siasat, sebaliknya keseluruhan Kabinet perlu disiasat adakah mereka sengaja mengelirukan orang awam mengenai 1MDB, selain soalan Husni perlu dijawab polis dan peguam negara.
Minggu lalu, Husni mempersoalkan motif kerajaan menubuhkan 1MDB yang didakwanya menyaksikan banyak penggelapan berlaku tanpa dikenakan tindakan, selain mempertikaikan wang AS$4 bilion (RM16.69 bilion) dilaporkan dalam Aabar Investment PJS Ltd, yang tidak dimiliki IPIC.
Reezal yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, Husni bagaimanapun tidak pernah membangkitkan isu 1MDB dalam mesyuarat parti, sebaliknya ahli MT lain yang membangkitkan isu itu.
“Tak pernah dengar Husni bangkit (isu 1MDB) dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno. Ada rakan pernah bangkit.
“Untuk mendedahkan perkara yang dipersetujui bersama, beliau perlu bertanggungjawab,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA