Rabu, 23 November 2016

Rakyat tunggu PRU, bukan bosan berhimpun - Dr Jeniri Amir

Penganalisis politik, Dr Jeniri Amir mengatakan bahawa rakyat bukannya bosan dengan perhimpunan aman ini tetapi semakin bijak dalam membuat keputusan.
Ini berikutan dengan pengurangan jumlah rakyat yang hadir sewaktu perhimpunan aman Bersih 5 berbanding dengan Bersih 4.
Himpunan Bersih “Salah satu faktor mereka tidak menyertai perhimpunan aman tersebut kerana merasakan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan melayan permintaan mereka melalui medium ini.
“Selain itu, mereka kini sudah matang dan melihat Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang untuk menjatuhkan Najib,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.
Sebelum ini, Najib dalam satu kenyataan berkata, beliau melihat masyarakat Malaysia sudah bosan dengan kumpulan Bersih atau merasakan tindak-tanduk perhimpunan yang dipromosikan kumpulan berkenaan tidak memberi faedah kepada negara.
"Sekiranya Umno/ BN kehilangan banyak kerusi dalam PRU akan datang, tekanan akan diberikan pada Najib supaya berundur,” katanya lagi.
Bagaimanapun katanya, adalah sukar untuk beliau menilai sama ada himpunan awam ini gagal ataupun sebaliknya.
“Sudah banyak tunjuk perasaan yang dibuat oleh rakyat, Oleh itu, sukar untuk dinyatakan sama ada ia berjaya atau gagal.
“Saya sendiri merasakan bahawa Bersih 5 ini mencapai matlamatnya walaupun bilangan kehadiran tidak seperti yang dibayangkan.
“Kini hanya menanti PRU sahaja untuk tentukan gulingkan Najib, bukannya melalui perhimpunan awam,” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA