Selasa, 1 November 2016

Rakyat kurang sensitif isu rasuah,1MDB banding kenaikan harga petrol,minyak masak


Mohamad Sabu 1Mohamad Sabu 1Sensitiviti rakyat negara ini terhadap kenaikan harga minyak sepatutnya seiring dengan rasuah dan penyelewengan yang berlaku dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga projek bekalan air di Sabah, kata Presiden Amanah Mohamad Sabu.
Beliau berkata, ekonomi negara yang sedang parah dan pengurusan wang negara yang pincang, rakyat khususnya orang Melayu dan Bumiputera dakwanya pejam mata melihat rasuah dan penyelewengan berlaku.
"Kepada rakyat khasnya Orang Melayu dan bumiputera, janganlah kerana pemerintah ini dikuasai bumiputera maka kita pejamkan sahaja mata membiarkan rasuah dan penyelewengan terus berlaku, sekalipun negara menuju kehancuran dan rakyatnya menderita," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Walaupun beliau berada lega kerana rata-rata rakyat begitu sensitif dengan pengumumna kenaikan harga bahan api dan minyak masak yang begitu mendadak.
Namun beliau berasa sedikit kecewa kerana sebahagian masyarakat pula ujarnya,sensitiviti sama tidak terasa kepada isu rasuah dan penyelewengan kuasa.
"Isu 1MDB contohnya, telah menyebabkan kecurian khazanah negara berbilion ringgit sehinggakan pelakon filem terkenal Leonardo Di Caprio sanggup memulangkan semula wang yang diupah untuk beliau berlakon dari sumber wang haram dari Malaysia.
"Dua buah bank ditutup dan asetnya dibekukan kerana terlibat dengan wang haram sementara DOJ Amerika Syarikat dan kerajaan Switzerland telah memulakan tindakan ke atas penggubahan wang haram berkait 1MDB di negaranya.
"Saya masih hairan dengan sikap sebahagian rakyat negara kita. Barangkali kerana kesan 1MDB tidak dilihat menimpa individu rakyat secara langsung, maka sensitifnya kurang.

"Saya tidak kisah jika ia hanya melibatkan rakyat yang kurang paham tetapi malangnya pemimpin-pemimpin politik dan NGO juga serupa.
"Kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais dalam tong drum dan pengasas AmBank Hussain Ahmad Najadi tiada jawapan sehingga kini.
"Pemecatan timbalan perdana menteri, menteri-menteri dan menteri besar yang mempersoal pelaburan 1MDB juga menjadi tanda tanya.
Seluruh dunia sedang membincangkan soal rasuah dan kes jenayah besar di Malaysia sekalipun pemimpin negara kita cuba bermain silap mata," ujarnya.
Mohamad berkata, jikapun 1MDB tidak nampak kesan langsung kepada setiap rakyat, namun ia sebenarnya telah memusnahkan seluruh negara akibat rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku dan pelakunya masih lagi bebas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA