Rabu, 30 November 2016

Rakyat harus disedarkan Sosma lebih drakonian dari ISA

Dr Dzulkefly Ahmad (tiga dari kiri)  dalam forum  diadakan.Dr Dzulkefly Ahmad (tiga dari kiri) dalam forum diadakan.
Rakyat harus disedarkan bahawa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas)2012 (Sosma) adalah satu bentuk undang-undang `rimba' yang lebih drakonian dan dahsyat dari Akta Keselamataan Dalam Negeri 1960 (ISA).
Hal ini disepakati barisan peguam dan pemimpin politik dalam satu forum yang diadakan oleh Majlis Peguam dengan tema:SOSMA- The New ISA? semalam.
Pengarah Strategik Amanah Dr DZulkefly Ahmad sebagai salah seorang panel forum telah mengimbau kejadian pernah berlaku berkaitan ISA yang disalahgunakan oleh kerajaan ketika dibawah pemerintahan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Operasi Lalang pada 1987.
"ISa digubal zaman Allahyarham Tun Abdul Razak yang menjamin ISA tidak disalahgunakan...tetapi 27 tahun kemudian Dr Mahathir telah menyalahgunakan ISA dalam Operasi Lalang pada 1987.
"Begitu juga dengan Sosma Datuk Seri Najib jamin tidak disalahguna tetapi selepas tiga tahun kemudian akta ini telah disalahguna oleh Najib sendiri..ke atas bekas Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairudin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang, terkini kepada Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.
"Kesemua mereka bukan pengganas tetapi ahli politik, peguam dan pimpinan NGO-Bersih.
"Saya selaku ahli politik hanya perlu tegaskan dari sisi dan perspektif politik bahawa hanya sebuah 'Kerajaan Kleptokratik' yang perlukan undang-undang rimba seperti Sosma, Poca, Pota  dan MKN untuk kekal berkuasa...akhirnya negara akan menjadi sebuah 'Negara Polis' atau 'Police State'," jelasnya kepada Malaysia Dateline.
Justeru kata beliau jika perkara itu berlaku kerajaan akan bertindak untuk menutup mulut bahkan memenjarakan rakyat mengikut sewenang-wenangnya ke atas suara dan kelompok rakyat yang menentang mereka, ujarnya yang dilakukan secara sah di sisi undang-undang dan perlembagaan negara -'legitimate political dissent and contest'.
"Saya mengesa rakyat supaya sedar bahawa kita sedang didakwa dunia, khususnya kerana pengsonglapan ke atas 1MDB bahawa Malaysia diperintah sebuah kerajaan kleptokratik (merompak-mencuri).
"Lalu dengan itu tidak susah untuk faham bahawa yang memerlukan pelbagai undang-undang rimba buat menutup pertentangan ke atas kebobrokan mereka.
"Rakyat seluruhnya, tanpa mengira anutan agama, fahaman politik dan bangsa mesti bertegas bangkit untuk membanteras penyalahgunaan kuasa seperti ini kerana mungkin sahaja satu hari nanti akan menimpa anak-cucu kita sendiri.

"Undang-undang seperti ini jangan sampai menakut-nakutkan rakyat untuk menzahir tentangan mereka terhadap penguasa dan pemimpin politik merentasi semua..apa jua yang salah dan zalim..samada kemungkaran politik, kemungkaran ekonomi dan kemungkaran moral yang tidak menghormati tatasusila agama dan nilai budaya yang mulia dan murni," ujarnya.
Selain Dr Dzulkefly turut menjadi panel mengupas tajuk forum barisan peguam Sivarasa Rasiah, Ravi Neeko dan Andrew Khoo.
Forum telah dirasmikan oleh Presiden Majlis Peguam Steven Tiru dan moderator Firdaus Hasni seorang aktivis hak asasi manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA