Rabu, 23 November 2016

Provokasi Jamal, saya tidak layan orang ‘gila’ – Shuhaimi

Kerajaan Negeri mengambil pendirian untuk tidak melayani sebarang bentuk provokasi dan ancaman yang dibuat Gerakan Baju Merah yang dinaungi ketuanya, Datuk Jamal Yunos.
Demikian pendirian dinyatakan Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimi Shafie ketika ditemui SelangorKini selepas sidang media Jamal di perkarangan bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, di sini.

jamal“Saya tidak layan orang gila,” katanya ringkas kepada SelangorKini.
Sebelumnya, Jamal mengadakan sidang media memaklumkan akan mengadakan himpunan besar-besaran di 700 lokasi seluruh Selangor menentang pentadbiran Kerajaan Negeri.
Jamal berkata, himpunan dinamakan sebagai BERSIH 7 itu kononnya dianggap sebagai himpunan terbesar rakyat untuk menyelamatkan Selangor.
Bagaimanapun Shuhaimi semalam menyarankan supaya Ketua Umno Sungai Besar itu membersihkan Kerajaan Umno-BN di Putrajaya jika terlalu berminat untuk membuat kerja ‘pembersihan’.
“Perkara pertama dan paling penting, kita mesti berwaspada dengan orang yang empat hari tidak mandi kerana kepanasan badan mungkin boleh menganggu minda.
“Untuk Jamal, kerajaan di Putrajaya adalah lebih sesuai dibersihkan dari kleptokrasi jika kamu berhasrat untuk membantu,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA