Ahad, 6 November 2016

PROJEK ECRL: PENYAMUN MALAYSIA ANUGERAH PADA PENYAMUN CCCC DARI NEGARA CHINA

1.Projek baru Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) telah diumumkan pembinaannya oleh PM Najib semasa membentang Bajet 2017.Projek bermula dari pelabuhan Klang dan berakhir di Tumpat akan melalui Kuantan dan  Terangganu. *Memang tidak dinafikan tentang keperluan projek tersebut untuk kemudahan masyarakat Pantai Timur* bagi menyeimbangi pembinaan landasan berkembar di Pantai Barat.

2.Malangnya projek ECRL dari awal telah menimbulkan keyakinan rakyat tentang *wujudnya amalan curi dan korupsi keatas wang rakyat*.

Pertama, kos projek sepanjang 600km yang awal dan   *sepatutnya berharga RM30 bilion kini telah naik menjadi RM55 bilion bersamaan RM92 juta untuk 1km*.Harga yang ditentukan  *tanpa tawaran terbuka (open tender)* bagi mendapatkan harga yang terbaik. Apabila ini berlaku,maka secara tidak langsung *_kos curi dan korupsi kerajaan Malaysia terpaksa ditanggung oleh rakyat_*.

3.Keduanya pinjaman RM55 bilion untuk pembinaan projek tersebut diperolehi dari *Export-Import Bank of China (EXIM)* manakala kontrak pembinaan dianugerahkan kepada *China Communication Construction Company Ltd (CCCC)* kontraktor dari negara China. 

*"Persoalannya kenapa pinjaman dari negara China dan kontraktor juga dari negara China*.Apakah ini merupakan *syarat yang ditetapkan oleh Bank pemberi pinjaman untuk projek ini*.

Pada saya ini menunjukan *campurtangan asing dalam menentukan pemilihan kontraktor"*.

4.Ketiganya, kontraktor dari negara *China CCCC,* yang dianugerah projek ini adalah *syarikat yang telah disenaraihitam oleh Bank Dunia* kerana menipu dengan mengamalkan rasuah serta licik membeli penjawat awam untuk memperolehi dan melaksanakan sesuatu projek di setiap negara yang menganugerahkan projek kepada meraka.

Bukan sahaja disenaraihitam oleh World Bank, malah CCCC juga terlibat dalam skandal lain, antaranya di Malta, Tanzania dan Kenya. Sebuah skandal melibatkan tindakan CCCC dalam merasuah penjawat awam di negara terbabit.

*_Aiyaa..Banyak 'Si' (CCCC)_*

5. *Adakah CCCC lebih awal 'membeli' penjawat awam No. 1 Malaysia (#MO1) untuk memperolehi projek ECRL melebihi RM25 billion dari harga awal RM30 billion*.

"Saya percaya harga awal  *RM30 billion itu pun sudah terlalu tinggi dan keuntungan berlipat ganda*.Inikan pula lebihan RM25 bilion. 

*Tidak salah jika rakyat Malaysia mengesyaki lebihan RM25 billion tersebut adalah untung untunk menampung pembayaran hutang 1MDB yang dicuri"*.

6.Yang pasti, *pencuri Malaysia menganugerahkan projek ECRL kepada penyamun dari negara China*. Pastinya  *mereka sama-sama menyamun wang rakyat Malaysia*.Projek ECRL adalah projek *Pakatan Penyamun 1World*.

Apakah dengan Syarikat CCCC memperolehi projek ECRL dan *kedatangan mereka ke Malaysia membawa 'alamat buruk' untuk rakyat Malaysia*.

Saya tidak percaya pada kefahaman orang Tionghua Malaysia apabila disebut *_'C'_* baca dalam sebutan *_Si_*, yang membawa makna buruk sama ada mati atau miskin. *Orang Cina tak suka no 4 (Si), 4 CCCC*.Bagi mereka ini lambang kematian. 

*"Aiyaa.. banyak sui!*.Sekali kali saya tidak percaya pada kepercayaan ini".

7. Pada *realiti yang berlaku di Malaysia akibat dari amalan salahguna kuasa,rasuah,keborosan dan penyelewengan serta kerakusan kerajaan UMNO/BN, mengakibatkan rakyat Malaysia sedang berdepan dengan 'keburukan dan kematian politik' dan ekonomi serta malang yang berpanjangan*.

"Kecuali jika *rakyat mampu bangkit menebus maruah harga diri membebaskan kehidupan dari pemerentahan dan menamatkan kuasa politik UMNO/BN*.

*_Semuanya gara-gara Najib,1MDB...dan Jho Low!_*

*_#BersihkanMalaysia_*
*_#EcrlProjekPakatanPenyamun_*
*_#SelamatkanRm55bDariPenyamun_*
*_#PakatanPenyamun1World_*
*_#SelamatkanMalaysia_*.

*Dato' Hj Mahfuz Hj Omar*
_Ahli Parlimen Pokok Sena_

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA