Rabu, 30 November 2016

PPBM persoal bangunan baharu Umno RM3.5 bilion...rakyat ikat perut..!!!

Ahli Majlis Tertinggi PPBM mempersoalkan keperluan membelanjakan berbilion ringgit untuk manfaat kepada beberapa pihak sahaja ketika rakyat bergelut dengan kenaikan kos sara hidup.
Tariq-IsmailPETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mempersoalkan rancangan Umno membina ibu pejabat baharu bernilai RM3.5 bilion semasa rakyat bergelut dengan kos sara hidup yang meningkat.
Bercakap kepada FMT, Ahli Majlis Tertinggi PPBM Tariq Ismail mempersoalkan jumlah kos yang akan dibelanjakan bagi projek itu dan siapa membayarnya.
“Perlukah Umno membelanjakan wang sebanyak itu untuk ibu pejabat? Bagi saya, inilah masanya Umno melabur kepada rakyat, bukannya diri mereka.”
Beliau berkata, rakyat di kawasan bandar dan luar bandar, termasuk 3 juta ahli Umno berhadapan kenaikan harga.
“Kita menyaksikan kejatuhan subsidi dan harga barang yang semakin meningkat. Harga ikan kembung di beberapa kawasan meningkat hampir 50% sejak 2013 daripada RM8 sekilo kepada RM12 sekilo.”
“Ini juga memberi kesan kepada mereka yang tinggal di kawasan seperti Jerantut di Pahang, Muar, Johor dan Kuala Kedah di Kedah,” katanya sambil menambah beliau mengetahui hal ini semasa lawatan PPBM di kawasan perumahan luar bandar.
Tariq yang juga cucu kepada bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman, berkata Umno sebaliknya perlu menggunakan wang itu untuk melatih penganggur atau menaja pelajar melanjutkan pelajaran.
“Ia akan masuk akal jika projek infrastruktur kerajaan untuk manfaat rakyat diumumkan tetapi ibu pejabat Umno akan memberi manfaat hanya kepada beberapa pihak, seperti golongan elit Umno.”
New Straits Times hari ini melaporkan projek itu akan menyaksikan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dibangungkan semula menjadi Pusat Dagangan Dunia Putra KL (KL PWTC).

Projek ini akan menampilkan persekitaran gaya hidup bersepadu yang terdiri daripada pembangunan pejabat 70 tingkat dan menara hotel, dewan pameran dan Dewan Tun Razak baru bertaraf dunia, sebuah masjid berkapasiti 5,000 serta podium peniaga.
Pejabat 70 tingkat dan menara hotel akan dibina di Terminal Hentian Bas Putra dan tempat letak kereta sedia ada dengan kawasan seluas 1.2 juta kaki persegi bagi pejabat, sebuah hotel 6 bintang dengan 250 bilik dan restoran.
Menara 70 tingkat mewakili 70 tahun usia kelahiran Umno.
Keseluruhan projek akan dibiayai pinjaman bank dan pembiayaan dalaman dan dijangka siap dalam tempoh 4 tahun akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA