Ahad, 13 November 2016

PPBM mahu jadi parti contoh bukan parti serpihan,gantian Umno


(Dari kiri)  Datuk A Kadir Jasin, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Husam Musa berdiri menyanyikan lagu Negara pada pembukaan forum diadakan.(Dari kiri) Datuk A Kadir Jasin, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Husam Musa berdiri menyanyikan lagu Negara pada pembukaan forum diadakan.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mahu pemimpin dan ahlinya menjadikan parti itu sebagai sebuah parti contoh kepada parti-parti lain, bukan dianggap sebagai parti serpihan atau parti gantian Umno.
Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, PPBM dilahirkan untuk memperjuangkan nasib rakyat selepas parti Umno gagal meneruskan perjuangan rakyat setelah 70 tahun ditubuhkan.
"PPBM bukan serpihan Umno bukan juga parti gantian Umno tetapi PPBM dilahirkan semata-mata berjuang untuk rakyat.
"Kita bukan berjuang untuk diri, pangkat, gelaran, nak jadi wakil rakyat tidak juga berjuang untuk jadi ketua bahagian.
"Dulu Umno dilahirkan untuk kemerdekaan negara tidak boleh dinafikan.
"Lama kelamaan ramai kini terlupa yang asal untuk perjuangaan rakyat kini ramai diantara mereka berjuang untuk diri sendiri yang sebahagiannya makan dedak.
"Tiap-tiap hari kita dengar bagaimana Umno hari ini tidak seperti Umno dahulu," ujarnya.
Beliau bercakap demikian dalam ucaptama sebelum Forum Khas Bersatu Meneroka Masa Depan  dimulakan, yang turut dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Husam Musa (Adun Salor) sebagai panelis dan  Datuk A Kadir Jasin (Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM) selaku moderator pada malam ini di Bukit Jelutong, Shah Alam.
Tan Sri Muhyiddin YassinTan Sri Muhyiddin YassinJusteru kata Ahli Parlimen Pagoh ini lagi, PPBM harus menjadi contoh kewujudan politik baru dengan cara menggelak daripada melakukan sebarang kesalahan yang boleh memburukkan nama parti itu sendiri.
"Kewujudan politik baharu ini kita elak lakukan kesalahan...kitalah pejuangnya, pejuang rakyat bukan untuk diri sendiri...jadi kalau ada yang rasa nakkan jawatan presiden ambil lah.
"Saya berterus terang oleh sebab itu kita harus jadi contoh.
"Kita bentuk satu budaya untuk 'bersatu' itu. Kita nak bentuk kerajaan dengan bekerjasama parti-parti politik lainnya untuk kita bersatu membentuk kerajaan mengantikan Umno-BN selepas PRU akan datang.

"Ini kerana mereka kini sudah rasa gerun tapi kita jangan berseronok kerana ini langkah pertama tetapi jangan kita pula silap langkah kerana ramai lagi yang akan sertai parti pribumi ini dalam masa terdekat ini," ujarnya yang mendapat tepukan gemuruh dikalangan 1,000 ahli-ahli parti yang hadir malam ini.
Semalam PBBM menyatakan pendirian untuk bersama dalam Pakatan Harapan membentuk satu pakatan dalam usaha menjatuhkan BN dalam pilihan raya umum ke-14 dengan gesaan untuk semua parti dalam gabungan itu bersedia untuk satu lawan satu, satu logo dan satu manifesto dalam Konvensyen Pakatan Harapan yang diadakan semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA