Jumaat, 4 November 2016

PPBM bimbang Najib tambah hutang, bukan pelaburan

Hamidah menempelak kenyataan Nazri yang menyatakan kritikan Dr Mahathir terhadap hubungan Malaysia-China kerana cemburu.
hamidah-nazri
PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menempelak Datuk Seri Nazri Aziz yang mengatakan kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap hubungan Malaysia-China adalah kerana cemburu.
Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman mendakwa, apa yang dibimbangkan pihaknya adalah perkara dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan membawa pelaburan tetapi membuat pinjaman.
“Dalam keadaan negara yang bermasalah dan beliau menyuruh rakyat mengikat perut. Dan beliau kata kalau tak ada GST (cukai barangan dan perkhidmatan), ekonomi lumpuh..dan beliau pada hari ini menambah hutang negara dengan membuat pinjaman sebanyak RM55 bilion.
“Itu yang kita bimbangkan dan itulah juga apa yang Dr Mahathir bimbangkan. Sebab misi di sana (China) bukan misi menarik pelaburan tetapi misi membuat pinjaman.
“Dalam keadaan hari ini pun, dalam bajet hari ini kita terpaksa membayar hampir RM30 bilion bagi faedah pinjaman apatah lagi dengan penambahan RM55 bilion itu,” katanya kepada FMT.
Terdahulu Nazri yang juga menteri pelancongan dan kebudayaan itu berkata, kritikan Dr Mahathir adalah berpunca daripada perasaan cemburu kerana Najib berjaya mendapatkan pelaburan terbesar untuk negara.
“Pelaburannya besar dan bukan mudah bagi sesebuah negara melabur sebanyak itu.
“Bila China mahu melabur sebesar itu di Malaysia, ia menunjukkan mereka yakin dengan cara perdana menteri mentadbir negara,” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA