Khamis, 17 November 2016

Politik bukan tempat kumpul harta - Syed Saddiq

Syed Saddiq Abdul RahmanKetua Armada Parti Bersatu Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan mengusulkan satu resolusi bagi memastikan pemimpin muda parti itu tidak menyalahgunakan kedudukan mereka untuk mengumpul harta.
Menurutnya, tindakan ini wajar untuk membuktikan bahawa Armada tidak akan cenderung dengan budaya rasuah dan salah guna kuasa seperti Umno dan BN.
“Pemimpin yang dilantik dan dipilih harus mengisytiharkan harta mereka sebaik sahaja mereka memegang jawatan tersebut.
“Saya merasakan pemimpin muda terutamanya harus mengambil langkah ini supaya tidak terjerumus dengan budaya politik wang yang membunuh integriti negara,” katanya dalam satu kenyataan media.
Tambahnya lagi, tindakan ini juga akan memastikan bahawa pemimpin Armada tidak gila wang ringgit atau pun membawa prinsip "Cash Is King".
“Politik bukanlah tempat untuk mengumpul kekayaan tetapi merupakan platform untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA