Isnin, 7 November 2016

'Polis rampas risalah BERSIH di Klang'

Polis memberhentikan konvoi BERSIH daripada memasuki kawasan Bandar Baru Klang di Klang dan merampas risalah gabungan itu, menurut peserta konvoi Lee Fu Haw.
“Mereka halang kami dan paksa kami menuju ke Lebuh Raya Persekutuan dan datang ke Seksyen 7 (Shah Alam). Mereka tutup semua simpang dan bulatan.

“Dan mereka tidak benarkan kami edar risalah... Di Little India, mereka ambil risalah kami dan tidak benarkan kami edarkannya,” kata Lee, yang mewakili konvoi Klang-Shah Alam BERSIH.

Konvoi itu bertolak dari Stadium Hoki Pandamaran kira-kira 4 petang semalam.

Ia sebahagian acara BERSIH sejak bulan lalu untuk membina momentum ke arah perhimpunan besar mereka pada 19 November ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA