Sabtu, 5 November 2016

Polis hentikan ceramah ahli Parlimen DAP di medan selera

Dua anggota polis mengancam mengambil mikrofon, jika M Kulasegaran dan Chin Chi Khing meneruskan ucapan mereka.
Bersih 5, M Kulasegaran, 2fr2ee speech, political protest
Polis memberhentikan ahli Parlimen dan Ahli Undangan Negeri semasa mereka memberi ceramah di sebuah medan selera di Ipoh mengenai perhimpunan Bersih 5 akhir bulan ini di Kuala Lumpur.
Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran berkata beliau dan Adun Bercham, Ching Chi Khing sedang menyampaikan ucapan apabila 2 anggota polis menghampiri mereka.
“Mereka memberitahu kami agar berhenti memberi ucapan, jika tidak, mereka akan merampas mikrofon. Saya terkejut. Mengapa kami tidak boleh bercakap dengan konstituen kami sendiri?” katanya.
“Kami benar-benar tidak menjangka ini sama sekali.
“Terdapat kira-kira 150 pelanggan di medan selera. Ia adalah ceramah yang aman. Semua orang menikmati makanan dan mendengar ucapan kami,” katanya.
Kulasegaran berkata beliau kemudian pergi dari meja ke meja untuk menyambut pelanggan dan menjawab sebarang soalan berhubung perhimpunan Bersih.
Kulasegaran berkata ia adalah kali pertama polis Ipoh menghentikan ceramah umum mengenai Bersih 5, yang dianjurkan kumpulan reformasi pilihan raya, Bersih bagi menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Najib Razak serta menuntut pembaharuan politik.
Ceramah itu juga merupakan permulaan kepada satu lagi majlis di pusat membeli-belah Yit Fong malam ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA