Khamis, 17 November 2016

Polis diingatkan tentang perundangan cegah perhimpunan balas serentak

Peguam hak asasi manusia Eric Paulsen mengingatkan pihak polis mengenai peruntukan undang-undang sedia ada yang tidak membenarkan perhimpunan balas diadakan serentak terhadap yang sedia ada seperti perhimpunan BERSIH5.
Menulis di twitter malam tadi, beliau berkata, ia terkandung dalam Seksyen 18 Akta Perhimpunan Aman (PAA).
"Baju merah hendaklah diarah untuk menganjurkan (perhimpunan mereka) pada masa, tarikh atau tempat," katanya dalam laman sosial itu.
Seksyen 18 Akta Perhimpunan Aman menetapkan bahawa pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu daerah polis akan memberikan alternatif untuk perhimpunan balas yang akan dianjurkan pada masa, tarikh atau tempat, jika pegawai mendapati bahawa perhimpunan balas itu akan menyebabkan pertelingkahan.
BERSIH merancang untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka pada 19 November, manakala Ketua Umno Sungai Besar bahagian Datuk Seri Jamal Md Yunos, yang mengetuai baju merah, telah berikrar untuk berkumpul di mana sahaja BERSIH akan berkumpul pada hari yang sama.
Jamal yang mengetuai gerakan anti-BERSIH, mendakwa 300,000 orang telah berikrar untuk berhimpun berdepan dengan BERSIH pada 19 November.

1 ulasan:

  1. woi apek
    perhimpunan tidak mendapat kelulusan
    sudah dilarang dan dberitahu
    masih mahu degil

    kalau lu tak ikut arahan bagaimana lu mahu ajar orang macam mana nak bagi arahan dan suruh orang lain ikut??

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA