Rabu, 2 November 2016

PM perlu bentang 3 kajian berkaitan projek keretapi landasan Pantai Timur


Pakatan Harapan bimbang terhadap kos terlalu tinggi Pantai Timur atau East Coast Double-Tracking Railway (ECDR)Pakatan Harapan bimbang terhadap kos terlalu tinggi Pantai Timur atau East Coast Double-Tracking Railway (ECDR)
Ahli Parlimen Pakatan Harapan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan di parlimen berkaitan tiga kajian mengenai projek keretapi landasan Pantai Timur atau East Coast Double-Tracking Railway (ECDR).
Tiga kajian itu meliputi kajian pra-kebolehupayaan atau “pre-feasibility study” (PFS), kajian kebolehupayaan atau “feasibility study” (FS) dan kajian keputusan pelaburan akhir atau “final investment decision” (FID).
Ia berikutan projek ini akan menelan belanja yang besar iaitu RM55 biliondan perlu diluluskan Parlimen dan menjadi amalan biasa ia melibatkan beberapa proses kelulusan.
"Kajian-kajian ini melibatkan anggaran jumlah penumpang, anggaran tiket, anggaran kos dan pertimbangan lain yang boleh menunjukkan sama ada projek ini boleh dibiayai tanpa membebankan rakyat.
"Soalan-soalan seperti berapa harga tiket yang dicadangkan, berapa kenaikan tiket dalam tempoh 20 tahun akan datang adalah soalan-soalan yang perlu diputuskan terlebih dahulu sebelum kerajaan menandatangani kontrak dengan Kerajaan China," kata mereka dalam kenyataan yang ditandatangani ahli parlimen Pandan (PKR) Rafizi Ramli, Dr Hatta Ramli (Amanah-Kuala Krai), Wong Cheng (PKR-Kelana Jaya) dan Dr Ong Kian Ming (DAP-Serdang).
Kontrak pembinaan ECRL diberikan kepada syarikat China Communication Construction Company Ltd (CCCC), manakala perjanjian kewangan akan dibuat dengan Export-Import Bank of China (EXIM).
Model pembiayaan dan pembinaan projek infrastruktur yang diguna pakai oleh Kerajaan China (melalui anak syarikat miliknya) adalah melibatkan pengunaan tenaga kerja dan kontraktor sepenuhnya dari China, penggunaan material sebanyak mungkin dari China dan melibatkan teknologi dan khidmat sokongan di masa hadapan yang sepenuhnya dari China.


Selain dari kesan ekonomi berganda yang tidak dapat dirasai oleh syarikat-syarikat dan pekerja-pekerja Malaysia, Pakatan Harapan juga bimbang pergantungan dalam jangka masa yang lama kepada Kerajaan China sekiranya perjanjian itu mengikut model yang telah digunakan oleh Kerajaan China di negara-negara lain.
"Paling membimbangkan ialah kos sebanyak RM55 bilion yang disebut itu adalah terlalu tinggi, apatah lagi berikutan dakwaan bahawa kos projek ini dinaikkan untuk menutup hutang 1MDB (seperti yang didakwa Sarawak Report)," katan kenyataan itu lagi.
Justeru Pakatan Harapan akan menubuhkan satu pasukan yang terdiri dari pakar-pakar dari kalangan orang ramai untuk menjalankan sendiri satu PFS untuk dibentangkan kepada rakyat dalam tempoh 30 hari dari sekarang.
"Kami khuatir Datuk Seri Najib Razak tidak akan menghormati Parlimen dan tidak mengendahkan desakan ini.
"Oleh itu, kami akan menubuhkan satu pasukan yang terdiri dari pakar-pakar dari kalangan orang ramai untuk menjalankan sendiri satu PFS untuk dibentangkan kepada rakyat dalam tempoh 30 hari dari sekarang," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA