Rabu, 23 November 2016

Piala AFF: Tarik diri lawan Myanmar, bantah pembunuhan beramai-ramai

Orang ramai dan pengguna sosial media menyarankan pasukan bola sepak negara menarik diri dalam perlawanan menentang Myanmar dalam Piala AFF.
Antaranya adalah Mohd Yusri Ibrahim dalam facebooknya mencadangkan perkara itu sebagai bantahan terhadap terhadap kezaliman junta Tentera Myanmar dalam pembunuhan beramai-ramai masyarakat Islam Rohingya.
“Selepas perarakan masuk Harimau Malaysia ke padang bersama bendera fair play, selepas sesi bersalaman dengan pemain dan pengadil, selepas sesi bergambar, pasukan negara menarik diri daripada perlawanan tersebut sejurus wisel permulaan ditiupkan, tanda bantahan terhadap penyembelihan bangsa Rohingya oleh tentera Myanmar dan kuncu-kuncunya.

“Bantahan seperti ini sedikit sebanyak memberi kesan besar, khususnya  membuka mata dunia dalam aspek perdebatan. Inilah antara pilihan  kita ada sebagai tanda keperihatinan dan bantahan kita terhadap penyembelihan wanita dan kanak-kanak di Rakhine,” tulisnya.
Tulisnya walaupun berdepan dengan risiko seperti tindakan oleh FIFA atau AFC, negara mesti mempunyai keberanian bertindak dengan neraca sendiri.
aff“Saya percaya YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan yang hensem dan bijak itu mempunyai resepi terbaik untuk mengambil faedah daripada situasi itu.
“Kita bukan bercakap tentang sukan mencampuri urusan politik dalam negara lain, tetapi kita bercakap tentang sukan yang menentang dan sama sekali tidak akan berkompromi dengan penyembelihan wanita dan kanak-kanak atas nama negara,” tulisnya.
Tulisnya lagi jika team Piala AFF 2016 negara sudi bertindak seperti ini, beliau akan mewasiatkan kepada anak cucu dan seluruh generasi keturunannya memuji dan bercakap baik-baik, serta mendoakan kebaikan kepada semua pemain dan angota pasukan ini selama-lamanya.
Sementara itu Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin menulis menggesa pasukan bola sepak yang mewakili negara ini menarik diri dari menyertai Piala AFF di Myanmar.

“Ini sebagai membantah kekejaman dan kezaliman yang sangat dahsyat dilakukan kerajaan Myanmar terhadap penduduk Rohingya.
“Wanita, kanak-kanak dan orang awam dibunuh, dirogol, dibakar hidup-hidup dan segala jenayah kemanusiaan yang lain yang dilakukan atas kuasa pemerintah Myanmar.
“Apalah ertinya sukan tanpa kemanusiaan. Lebih dari itu, ia merupakan kezaliman yang teramat ke atas satu etnik manusia dan mereka itu beragama Islam. Ketegasan kerajaan dalam hal ini amat diharapkan,” tulisnya.

1 ulasan:

  1. Itu bola...Sukan...org Putus hubungan dgn Myanmar teruih..jgn bg pekerja juai ikan..kaki botoi..mkn sirih Masuk msia..
    Masa lwn nnt bawa sepanduk..bila score gol..buat kan utk rohingya ..baru betui..biar satu Dunia..tau..tackle bagi patah kaki ..

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA