Sabtu, 19 November 2016

Peserta Bersih 5 bertukar jadi pengutip sampah pastikan bersih

Sukarelawan Bersih 2.0 memastikan sampah dikutip dan keadaan jalan raya kembali bersih seperti sebelum perhimpunan.
bersih-sampah
KUALA LUMPUR: Sikap berlawanan dalam soal menjaga kebersihan di antara peserta Bersih 5 dan Baju Merah amat ketara pada perhimpunan kali ini.
Tinjauan FMT mendapati keadaan di sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) kembali bersih seolah-olah tidak ada sebarang acara besar berlaku di sana, sedangkan dari awal pagi ribuan penyokong Bersih mula berkumpul di situ.
Rata-rata peserta mamatuhi arahan yang dikeluarkan pihak sukarelawan Bersih 2.0 supaya mengutip sampah dan meletak di tempat yanh disediakan.
“Inilah kita Bersih, kita makan, minum dan kita kutip sampah di sekitar, kita bukan kumpulan pengotor,” kata salah seorang sukarelawan Bersih, Amanda.
“Kami kutip sampah secara sukarela, tidak mendapat sebarang upah, sesuai dengan nama himpunan kita Bersih, jadi kawasan pun kena bersih,” kata peserta Jimz Wong.
Keadaan itu berbeza dengan himpunan Baju Merah yang meninggalkan Padang Merbok dalam keadaan dipenuhi sampah sarap.
Penyokong Bersih mula meninggalkan kawasan Masjid Jamek dan Jalan TAR dan mereka seterusnya menuju ke KLCC di mana bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pemimpin utama pembangkang turut berada di sana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA