Selasa, 15 November 2016

Peruntukan JPM RM15.94 bilion masih lagi melampau

Liew Chin Tong Liew Chin Tong Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) sejumlah RM15.94bilion terlampau besar sedangkan peruntukan untuk kementerian-kementerian lain dipotong dalam Bajet 2017.
Daripada peruntukan dalam bajet 2017 itu dimana perbelanjaan pengurusan dan pembangunan masing-masing RM4.92 bilion dan RM11.01 bilion.
Beliau berkata secara prinsip, membendung perbelanjaan JPM adalah suatu keperluan mendesak dalam memastikan dana-dana ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat melibatkan kesihatan, pendidikan, pengangkutan, keselamatan dan sebagainya," ujarnya.
Menurut Chin Tong dalam kenyataan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Azalina Othman Said sejumlah peruntukan RM11.01 bilion untuk perbelanjaan pembangunan akan disalurkan menerusi 31 bahagian di JPM yang bakal terlibat dengan Rancangan Malaysia Ke-11 (pusingan kedua) sepertimana yang telah diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi.
Azalina memberitahu terdapat keseluruhan 92 unit di JPM. 57 bahagian, 10 badan berkanun, 13 syarikat, 5 agensi pembangunan koridor, 5 badan asasi dan 2 organisasi antarabangsa.
Namun bagi Chin Tong menjadikan jumlah 92 unit ini sebagai hujah untuk 'menghalalkan' peruntukan besar kepada JPM beliau beranggapan adalah amat dangkal.

"Sejak awal lagi, saya berpendapat bahawa kerajaan tidak perlu mewujudkan terlalu banyak agensi dibawah seliaan JPM. Secara tidak langsung, hal ini akan menghakis peranan kementerian-kementerian sedia ada.
"Sebagai contoh, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak wajar berada dibawah JPM tatkala disana sudah ada Kementerian Pengangkutan.
"Bahkan saya telah menimbulkan isu sejumlah peruntukan di JPM yang saya sifatkan sebagai ‘dana gelap’ dimana ianya tidak wujud sebelum ini selain di era pentadbiran Najib sebagai Perdana Menteri.
"Saya anggap ianya sebagai dana yang diperlukan Najib untuk tujuan kepentingan survival politik beliau.
"Biarpun jumlah RM15.94 bilion peruntukan untuk JPM bagi tahun 2017 adalah lebih kecil berbanding RM20 bilion pada tahun 2016, ia masih perlu di bendung.
"Hakikatnya, JPM telah mengambil sejumlah 6.1% daripada keseluruhan jumlah Bajet 2017 berbanding 3.4% pada 2008.
"Dalam bajet 2017, hanya 18% iaitu RM48 bilion sahaja diperuntukkan untuk keseluruhan perbelanjaan pembangunan.
"Hal ini akan mengakibatkan projek-projek menaik taraf jalan raya, hospital dan sebagainya mungkin berhadapan kesukaran. Tetapi dalam keterhadan sebegini pun, JPM mengambil sejumlah 23% daripada keseluruhan peruntukan untuk perbelanjaan pembangunan berbanding 8.1% pada 2008," terang beliau yang juga Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan ini dalam satu kenyataan hari ini.
Hal ini memberi gambaran bahawa JPM ujarnya lagi, telah mengambil sejumlah peruntukan yang tidak wajar yang sepatutnya diberikan kepada kementerian-kementerian lain untuk disalurkan manfaatnya kepada rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA