Khamis, 17 November 2016

Persatuan teksi jangka 30% pemandu teksi tinggalkan industri

Seramai 60% pemandu teksi sudah meninggalkan industri itu dan lebih ramai dijangka mengikut jejak mereka.
Shamsubahrin-Ismail_teksi_600KUALA LUMPUR: Lebih ramai pemandu teksi akan meninggalkan industri itu susulan pengumuman tambang MRT serendah RM1, kata pengasas Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd.
Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, sejak kerajaan meluluskan perkhidmatan perkongsian kenderaan Uber dan Grab, hampir 60% daripada lebih 3,000 pemandu teksi di bawah persatuannya meninggalkan industri itu.
“Kami menjangkakan 30% pemandu teksi lain akan mengembalikan teksi mereka.
“Syarikat pemilik teksi yang ada permit, saya kecewa dengan sikap mereka, terutama sekali pengurus-pengurus yang dilantik dalam syarikat masing-masing.
“Pengurus-pengurus hanya fikir pasal pangkat dan duit tiap-tiap bulan masuk gaji, itu sahaja,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Wisma Sentral, hari ini.
Shamsubahrin mengulas struktur tambang untuk laluan Sungai Buloh-Kajang (MRT SBK) yang akan memulakan perkhidmatan pada 16 Disember ini.
Tambang antara RM1 dan RM5.50 akan dikenakan di bawah struktur tambang tanpa tunai dan maksimum RM6.40 di bawah struktur tambang tunai.
Shamsubahrin berkata, peguamnya sedang mendraf surat untuk dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Isnin depan.
“Kandungan surat itu berkaitan tambang rendah MRT. Harapan saya, kalau boleh ini (tambang rendah MRT) jangan ditetapkan sepanjang masa. Pendekkan, kita buat macam promotion period.”
FMT hari ini melaporkan Shamsubahrin berpendapat tindakan kerajaan memperkenalkan tambang rendah MRT bertujuan menghapuskan industri teksi.
Berdasarkan keadaan sedia ada, katanya, pemandu teksi sudah terjejas teruk akibat saingan daripada perkhidmatan perkongsian kenderaan, Uber dan Grab.

“Disebabkan aplikasi perkongsian kenderaan, industri teksi hampir musnah. Sekarang kerajaan memperkenalkan tambang rendah MRT. Macam mana nasib industri teksi dan pemandu sekarang?” katanya.
Fasa pertama laluan MRT SBK yang mempunyai 12 hentian antara Sungai Buloh dan Semantan, akan dibuka pada 16 Disember ini.
Fasa kedua laluan itu yang meliputi 19 stesen antara Semantan dan Kajang dijangka bermula pada Julai 2017.
Tambang nominal bagi bas pengantara MRT ialah RM1 satu perjalanan dengan 120 bas akan disediakan untuk 26 laluan di semua 12 stesen MRT di bawah fasa pertama.

1 ulasan:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih, Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!1"Dikejar-kejar hutang2"Selaluh kalah dalam bermain togel3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunyatapi tidak ada satupun yang berhasil. 4d 5d 6d Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI MUPENG akan membantuanda semua dengan Angka ritual/GHOIB:butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTOMAGNUM / dijamin100jebolApabila ada waktusilahkan Hub: AKI MUPENG DI NO: (((_0852 9445 0976 _)))ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILANDANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/»0852 9445 0976 .

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA