Khamis, 24 November 2016

Permohonan habeas corpus Maria Chin didengar Selasa ini


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar Selasa ini permohonan habeas corpus Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah untuk mencabar penahanannya di bawah Akta Kesalahan Khas (Langkah-Langkah Keselamatan) 2012.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Nordin Hassan menetapkan tarikh itu di dalam kamar hari ini selepas tidak membenarkan permintaan Supt Tham Lai Kuan, ketua polis negara, menteri dalam negeri dan kerajaan supaya diberi tempoh tujuh hari untuk membalas afidavit yang difailkan oleh anak lelaki Maria, Azumin Mohamad Yunus.
Menurut peguam utama Maria, Gurdial Singh Nijar, responden telah membuat kenyataan mengenai sebab penahanan itu dan tidak ada keperluan untuk tempoh tujuh hari lagi.
Oleh itu, katanya, pesuruhjaya kehakiman menetapkan hari Isnin bagi mereka menjawab dan hari Selasa untuk mendengar permohonan itu.
Gurdial juga memberitahu pemberita bahawa mereka telah membuat permohonan untuk Maria hadir pada hari Selasa bagi memudahkannya memberi arahan.
Bagaimanapun, Hakim Nordin memberitahu bahawa ia bukan amalan biasa di mahkamahnya untuk pemohon hadir.
Gurdial katanya beliau telah mengemukakan satu kes guaman berkaitan isu tersebut untuk menunjukkan bahawa pemohon boleh hadir, untuk pertimbangan pesuruhjaya kehakiman itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA