Rabu, 2 November 2016

Perjanjian dibuat Najib dengan China jejas kedaulatan,tambah hutang, kata Tun M


Bersatu berpandangan negara akan terikat tambahan hutang dan kedaulatan negara akan tergadai jika kerajaan meneruskan kerjasama dengan negara China untuk menampung keperluan  projek mega negara.Bersatu berpandangan negara akan terikat tambahan hutang dan kedaulatan negara akan tergadai jika kerajaan meneruskan kerjasama dengan negara China untuk menampung keperluan projek mega negara.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melahirkan kebimbangan dengan tindakan kerajaan Malaysia menjalinkan kerjasama dengan negara China membabitkan kontrak membeli dua buah kapal persisiran pantai daripada China dan beberapa buah projek raksasa lagi termasuklah kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura dan Landasan Kereta Api Pantai Timur.
Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perjanjian pembinaan kereta api itu menjadikan negara terikat dengan hutang baru sehingga tahun 2022.
Keputusan untuk membina keretapi membaitkan kos tinggi sehingga tahun 2022 bermakna kita terikat dengan hutang baru.
"Baru-baru ini PM mengumumkan untuk membina keretapi laju dari Singapura- Kuala lumpur yang menelan belanja RM50bilion dalam masa sama hutang 1MDB sebanyak RM53bilion belum selesai.
"Walaupun dikatakan bukan tanggungjawab kerajaan jika bukan kerajaan siapa lagi? Tambahan hutang dalam jangka singkat RM158bilion sedangkan kita tidak mampu bayar hutang 1MDB...nak bayar faedah pun kita tak mampu," ujarnya dalam sidang media diadakan selepas parti itu mengumumkan barisan penuh kepimpinan tertinggi parti itu di Putrajaya hari ini.
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, tindakan Datuk Seri Mohd Najib Razak itu menimbul perasaan tidak senang dikalangan pimpinan tertinggi Bersatu.
"Rakyat akan sedar apa yang sedang berlaku sekarang ini hutang kerajaan makin meningkat.
"Bank Negara kata, hutang kerajaan meningkat kepada RM600bilion ditambah RM158bilion lagi... ada juga perjanjian yang dibuat Najib yang akan menjejaskan kedaulatan negara ini.
"Sekarang ini sudah dibuka untuk menerima bank baru dari luar negeri, iaitu mengiystihar sebuah bank dari negara China sudah ditubuhkan di negara ini.
"berkenaan wilayah kita yang termasuk Pulau Layang-Layang di Laut China Selantan seolah Najib sudah mengubah sempadan kita menukar syarat pendekatan kepada masalah penguasaan laut china selatan seolah sanggup melepaskan Pulau layang-layang untuk keperluan negara lain.
Dr Mahathir berpandangan apa yang dilakukan kerajaan hari ini amat bahaya kepada kedaulatan negara kerana negara kini menanggung hutan yang tinggi.

"Perkara ini amat bahaya kepada kedaulatan negara kerana sudah berhutang banyak dari satu punca dan beri kesan kepada politik dalam negara dan hubungan negara asing.
"Dulu kita bebas adakan perhubungan dengan mana-mana negara di dunia tetapi kenebaasan ini tetap terjejas jika terhutangbanyak dengan mana-mana negara. Ini menimbulkan kekuatiran kepada kita.
"Saya harap rakyat akan memahami berhutang dengan banyak dan bahaya berhutang dari satu punca dengan banyak...hutang-hutang ini akan dirasai kemudian.

"Kita berhutang banyak kita berhutang dari satu punca dan tetap mempunyai kesan politik dalam negara dan negara asing yang mana dahulu kita bebas untuk mengadakan perhubungan dengan mana-mana negara di dunia ini.
"Kebebasan ini tetap akan terjejas jika kita terhutang banyak kepada mana-mana negara. Ini menimbulan kekuatiran pada kita semua rakyat akan fahami bahayanya berhutang banyak dan berhutang dari satu punca dan kesan hutang ini akan dirasai kemudiannya," ujarnya.
Mengulas lanjut mengenai kedaulatan Malaysia di persisiran Laut China Selatan, Presidden Bersatu Tan Sri Muhyiddin menjelaskan, Pulau Layang-Layang antara beberapa pulau di Laut China Selatan yang mana akan turut terjejas.
"Kita dimaklumkan bendera Malasyia sudah dialihkan.
"Ini bermakna kita berkompromi hak kita hanya kerana mahu mendapatkan bantuan dari sebuah negara asing. ia bukan isu ekonomi atua perniagaan tetapi menyentuh kedaulatan kita. kesan besar kerana perairan itu beralih kuasa kawasan untuk menangkap ikan akan tergadai juga banyak faktor ekonomi lain turut terlibat.
"Kebimbangan Bersatu dalam hal ini jika jumlah pinjaman agak luar biasa hanya kita perlukan bantuan meyelsaikan projek raksasa. Sedangkan kita mengalami ekonomi teruk meminjam bukan satu cara yang baik.
"Komponen untuk membina sistem keretapi banyak komponen import menyebabkan pengaliran wang dan biasalah dengan konteks negara China mereka akan bawa masuk pekerja yang ramai datang ke Malaysia dan ini akan sekat peluang kepada rakyat dapat pekerjaan dan ini implikasi besar kepada negara," jelas bekas timbalan perdana menteri ini.
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak pada Isnin mengadakan lawatan rasmi enam hari ke China dengan matlamat mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang lama terjalin antara kedua-dua negara.
Lebih 10 perjanjian dan memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua kerajaan dalam bidang pertahanan, ekonomi, pertanian, pendidikan, kewangan dan pembinaan akan ditandatangani.
China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia sejak 2009 manakala Malaysia merupakan rakan dagang kelapan terbesar China serta rakan dagang terbesar dalam kalangan 10 negara Asean.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA