Khamis, 24 November 2016

Penyokong Maria Chin tidak gentar amaran KPN, tetap berhimpun.



Walaupun Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menghalang tindakan penyokong Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah berkumpul di Dataran Merdeka, amarannya itu ibarat menyimbah air di daun keladi.
Malam ini lebih ramai kelihatan berhimpun berbanding malam sebelumnya.
Khalid dalam kenyataan berkata dikalangan penyokong perlu mematuhi peraturan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 atau berhadapan dengan tindakan.
Ini kerana penyokong yang berkumpul untuk membakar lilin juga perlu memberikan notis  perhimpunan diadakan walaupun bertujuan untuk mendesak pembebasan Maria Chin. Dikalangan penyokong Maria Chin mereka berikrar untuk mengadakan himpunan sedemikian pada setiap malam sehingga pembebasannya.
Perhimpunan yang bermula sejak jam 8 malam itu akan berakhir jam 11 malam diisi dengan aktiviti pidato di kalangan pemimpin pakatan pembangkang dan aktivis.
Jurugambar Malaysia Dateline Wan Zahari Wan Salleh  meninjau kehadiran pemimpin dan penyokong pada  perhimpunan malam ini yang dijangka akan diteruskan sehingga Maria Chin dibebaskan daripada  Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 Sosma.
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut hadir malam ini bersama penyokong pembebasan Maria Chin di Dataran Merdeka.Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut hadir malam ini bersama penyokong pembebasan Maria Chin di Dataran Merdeka.
Penyokong pembebasan Maria Chin dari pelbagai kaum semakin ramai hadir pada malam ini.Penyokong pembebasan Maria Chin dari pelbagai kaum semakin ramai hadir pada malam ini.
 Presiden Amanah Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar antara pemimpin politik yang hadir memberikan sokongan pembebasan Maria Chin malam ini.Presiden Amanah Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar antara pemimpin politik yang hadir memberikan sokongan pembebasan Maria Chin malam ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA