Khamis, 3 November 2016

Pensyarah cari dana luar kerana bajet IPTA dipotong kerajaan Umno@Bn...

Pensyarah UM berkata tindakan ahli akademi mendapat geran dari luar negara tidak sepatutnya dijadikan isu kerana ia sebenarnya membantu meningkatkan kualiti penyelidikan.
awang
PETALING JAYA: Pemotongan peruntukan kepada Institusi Pengajian Tinggi punca ahli akademik mendapatkan dana kewangan dari luar negara, kata pensyarah Universiti Malaya (UM).
Pensyarah Jabatan Sosiobudaya UM Profesor Madya Dr Awang Azman Awang berkata perkara itu tidak sepatunya dijadikan isu, malah pensyarah perlu digalakkan mencari geran dari luar negara bagi tujuan akademik.
“Faktor pemotongan bajet IPTA antara punca ahli akademik mencari geran penyelidikan di luar negara.
“Ahli akademik juga digalakkan mencari geran luar sebagai ‘visibility’ ahli akademik dan untuk dilihat oleh pengiktirafan antarabangsa,” katanya kepada FMT.
Azman berkata demikian ketika ketika diminta mengulas penafian Canselor Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) yang institusi itu ada kaitan dengan Dana Open Society (OSF) disokong jutawan dana terhad George Soros.
Profesor Datuk Mohamad Kadim Suardi sKadim berkata dana seperti didakwa itu mungkin diterima sebagai geran persendirian kepada pensyarah atau penyelidik.

“Sebarang dana diterima daripada OSF oleh sesiapa di universiti ini mungkin menerimanya menerusi saluran tidak rasmi. Pengurusan universiti tidak tahu mengenai perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan di Borneo Post ketika mengulas Laporan OSF 2014 yang menyenaraikan Unimas sebagai penerima dana.
Awang berkata, kejayaan ahli akademik mendapat geran dari luar negara dapat membantu meningkatkan merit Sasaran Kerja Tahunan (STK) bagi tujuan kenaikan pangkat di universiti.
“Dalam dunia akademik jika anda mendapat geran luar negara, anda akan diberikan banyak markah atau merit dalam STK atau penilaian kenaikan pangkat di universiti.
“Situasi dan keghairahan ini menyebabkan ahli akademik terlepas pandang atau berpendapat kajian mereka berdasarkan akademik yang objektif tanpa bias,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA