Khamis, 17 November 2016

Pengurusan kanan Tabung Haji perlu disiasat dalam skandal kerugian THHE


Pendeposit Tabung Haji bakal menjadi mangsa akibat keputusan-keputusan pelaburan yang merugikan institusi itu.Pendeposit Tabung Haji bakal menjadi mangsa akibat keputusan-keputusan pelaburan yang merugikan institusi itu.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat pengurusan kanan Tabung Haji (TH) yang terbabit dengan keputusan pelaburan anak syarikatnya  susulan penahanan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Heavy Engineering (THHE) Datuk Nor Badli Munawir Mohamad Alias Lafti.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dalam satu kenyataan berkata, THHE adalah sebuah syarikat yang secara langsung telah mengakibatkan risiko hangusnya berbilion ringgit wang pendeposit Tabung Haji.
"Saya telah secara konsisten mendedahkan kerugian demi kerugian yang dialami oleh THHE dan risikonya kepada Tabung Haji.
"Saya juga telah mendedahkan dokumen-dokumen rasmi yang menunjukkan Kementerian Kewangan, di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, telah meluluskan pakej sokongan baru kepada THHE yang boleh meningkatkan risiko hangusnya wang pendeposit Tabung Haji yang dilaburkan ke dalam THHE sehingga mencecah sekitar RM1.4 bilion," ujar beliau.
Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR bagaimanapun kesal kerana setelah pendedahan dibuat, pakej sokongan kewangan dalam bentuk jaminan korporat (corporate guarantee) untuk THHE membuat pinjaman baru tidak digunakan, sebaliknya Kerajaan Persekutuan menganugerahkan kontrak pembinaan kapal-kapal peronda pesisir pantai yang berjumlah sekitar RM700 juta kepada THHE secara rundingan terus walaupun THHE tidak berpengalaman dalam bidang itu.
Sambil mengucapkan tahniah kepada SPRM kerana menyiasat aduan kepincangan pengurusan di dalam THHE yang telah pun menyebabkan ratusan juta wang pendeposit TH hangus dalam tempoh tujuh tahun, beliau mahu siasatan tidak hanya berkisar kepada urusniaga yang bersabit dengan suapan.

Tabung Haji Heavy EngineeringTabung Haji Heavy EngineeringMenurutnya, perkara yang perlu diberi keutamaan adalah bagaimana pengurusan kanan TH termasuk lembaga pengarah dan panel pelaburan boleh membuat keputusan untuk melabur di dalam sebuah syarikat yang penuh kontroversi.
THHE yang sebelumnya dikenali sebagai Ramunia Holdings Berhad mengalami kerugian dalam perniagaan namun TH terus menyuntik dana dan memberi pelbagai bentuk sokongan kewangan walaupun hanya memegang 30% saham dalam THHE.
Sehubungan itu, Rafizi yang juga ahli parlimen Pandan menggesa pengurusan kanan TH yang merangkumi lembaga pengarah, panel pelaburan dan Ketua Pegawai Eksekutif turut disiasat bagi memastikan tiada unsur rasuah, penyelewengan atau kecuaian dalam keputusan urusniaga membabitkan THHE sehingga menyebabkan TH mengalami kerugian.
"Saya akan menunggu maklumbalas Tabung Haji mengenai perkara ini dan akan mempertimbangkan membuat laporan polis terhadap beberapa pengurusan terkanan Tabung Haji minggu depan sekiranya tiada keterbukaan Tabung Haji dalam perkara ini," tegas beliau.

3 ulasan:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih, Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!1"Dikejar-kejar hutang2"Selaluh kalah dalam bermain togel3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunyatapi tidak ada satupun yang berhasil. 4d 5d 6d Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI MUPENG akan membantuanda semua dengan Angka ritual/GHOIB:butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTOMAGNUM / dijamin100jebolApabila ada waktusilahkan Hub: AKI MUPENG DI NO: (((_0852 9445 0976 _)))ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILANDANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/»0852 9445 0976 .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, sprm sila siasat untuk rakyat.

      Padam
    2. Ya, sprm sila siasat untuk rakyat.

      Padam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA