Ahad, 13 November 2016

Pengundi tegar kita jangan diabaikan, kata Mat Sabu

Presiden Amanah berkata pembentukan sekutu dengan parti lain jangan sampai menjejaskan penyokong tegar pembangkang.
Mohamad SabuSHAH ALAM: Pakatan Harapan perlu terus bekerja keras menjaga pengundi tegar mereka, bukannya bekerjasama hanya dengan sesiapa saja demi kelangsungan parti, kata Mohamad Sabu.
Presiden Amanah itu memetik kemenangan Donald Trump dalam pemilihan presiden Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini dan berkata Trump menang kerana dia ada pengundi tegar daripada kumpulan rakyat AS, dengan menekankan ketuanan (kulit putih).
Katanya, pesaing Trump, Hillary Clinton menggunakan penyanyi Lady Gaga, tetapi Trump tidak memerlukan Lady Gaga kerana dia ada sokongan rakyat.
“Sebab itu kalau nak menang kita jangan hilang undi ‘core’ kita. Kalau kita nak bersahabat dengan siapa pun jangan sampai hilang undi ‘core’,” katanya ketika berucap di konvensyen Pakatan Harapan di sini hari ini.
Beliau yang popular dengan panggilan Mat Sabtu berkata pembangkang perlu bersatu untuk menjatuhkan BN pada pilihan raya umum akan datang.
“Memang elok bertanding satu logo. Semua akui bersendiri tidak kuat. Kalau semua bergabung kita akan jadi parti terkuat di Malaysia. Inilah rakyat menaruh harapan,” katanya.
Lebih 1,000 orang menyertai konvensyen itu yang bermula 8.30 pagi hingga 5 petang tadi.
Antara yang turut serta ialah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dan penasihat DAP Lim Kit Siang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA