Ahad, 27 November 2016

Penganjur dan peserta lahirkan kekesalan di atas penangkapan Zunar


Zunar  kini masih lagi ditahan di bawah Akta Hasutan.Zunar kini masih lagi ditahan di bawah Akta Hasutan.
Penganjur Festival Seni George Town melahirkan kekesalan dengan penangkapan kartunis prolifik Zunar ditahan di bawah Akta Hasutan petang semalam.
Penganjur Festival melahirkan kebimbangan dengan perkara berlaku itu dan merayu kepada pihak berkuasa untuk segera membebaskan Zunar supaya beliau boleh meneruskan penyertaannya daripada sebarang gangguan yang turut melibatkan 60 pelukis dari 20 negara.
Pengarah Festival Bernice Chauly berkata, pihaknya pengutuk tindakan dilakukan polis itu sebagai satu penindasan terhadap kebebasan bersuara yang diadakan di premis tersebut.
Manakala Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh berkata Zunar adalah seorang artis di hati nurani masyarakat.
"Beliau komited melukis bagi pihak kami untuk kebebasan bersuara untuk rakyat Malaysia. Hanya dengan kebebasan bersuara menjadikan negara kita benar-benar demokratik.
"Penindasan dilakukan kini mencapai tahap yang bahaya di Malaysia," ujarnya.
"Hakikatnya penangkapan Zunar di festival berkenaan disaksikan dengan puluhan artis dan penulis antarabangsa mengambarkan kerajaan tidak mengambil berat soal kebebasan bersuara di negara ini,", kata Michael Vatikiotis, pelukis di festival itu pula.

Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari pula berkata, "Festival Seni George Town adalah salah satu acara sastera antarabangsa utama negara kita, dan ia adalah amat mendukacitakan setelah ia dicemari dengan cara ini," ujarnya.
Pada Jumaat sekumpulan pemuda Umno Pulau Pinang telah bertindak mengganngu pameran yang turut disertai Zunar atau nama sebenarnya Zulkeflee Anwar Ulhaq.
Insiden itu membawa kepada penangkapan Zunar petang semalam di bawah Akta Hasutan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA